Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, December 12, 2013

WAJIB BACA:10 PERKARA BUKTI MAT SABU SYIAH!!!


PUTRAJAYA 12 Dis - [KEMASKINI] Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamd Radzi hari ini mendedahkan sepuluh maklumat lanjutan daripada kenyataan Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengaitkan pemimpin nombor dua Pas yang cenderung dengan fahaman Syiah.

Menurut Abdul Rahim, penama yang menjadi subjek dalam kenyataan Ahmad Zahid adalah merujuk kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang lebih dikenali dengan Mat Sabu.

10 maklumat yang didedahkan KDN ialah :


1-  Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan Imam Khomeini melalui tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf,Khomeini didalam ruangan Fikrah, Akhbar Harakah.

2- Mat Sabu pernah menyatakan kekaguman dan kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau semasa berucap pada 13 Jun 2011.

3- Pada 2008, ketika mengulas perutusan sempena Hari Krismas bagi penganut Kristian di Malaysia, Mat Sabu telah menggunakan pendekatan ulama Syiah (Imam Khomeoni) sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan.

4- Semasa sesi temuramah bersama Timbalan Presiden Persatuan Jalur Tiga (JATI), Datuk Aidit Ghazali menjelaskan Mat Sabu merupakan ikon Syiah dan beliau gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah.

5- Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin Syiah itu lebih empat hingga lima kali.

6- Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin Syiah itu lebih empat hingga lima kali.

7- Beliau telah beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah  rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada tahun 2011 yang dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah.

8- Pegawai KDN, Ustaz Zamihan Mat Zin memberitahu sahabat Mat Sabu selama 9 tahun iaitu C.N Afghani telah menjelaskan Mat Sabi kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia di Qom, Iran.

9- Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan oleh penganut Syiah pada satu ceramah di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada 2005 dan

10- Tuan Guru Haji Abd. Rahim dari Sungai Jagung, Pendang, Kedah menjelaskan Mat Sabu dilihat menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujud yang merupakan ajaran sinonim dengan fahaman Syiah.

3 comments:

Anonymous said...

Bang Mad takkan nak diam lg, saman je la.

Anonymous said...

Pemimpin PAS ada syiah...
Percayalah...demi politik...ostad2 pas akan tutup kedua2 mata krn mat sabu pemimpin agung mrk...
Biasalah...mazhab bercirikan seks akan mendpt sambutan hangat!!!!

Anonymous said...

ﺍﻑ ﻓﻮﻥ ﻣﺖ ﺳﺎﺑﻮ ﻓﻤﻴﻤﻔﻴﻦ ﻫﻴﺒﺖ....ﻓﺮﻧﻪ ﻣﻐﺎﻟﻬﻜﻦ ﺍﺳﺘﺎﺫ ﻧﺼﺮﺍﻟﺪﻳﻦ،،ﺗﻮﺍﻥ ﺍﺑﺮﺍﻫﻴﻢ ﺗﻮﺍﻥ ﻣﻦ ﺩﺍﻥ ﺗﺮﻛﻴﻨﻲ ﻣﻐﺎﻟﻬﻜﻦ ﺍﺳﺘﺎﺫ ﻧﻴﻚ ﺍﻣﺮ....ﻓﺎﺱ ﺍﻭﻩ ﻓﺎﺱ.،

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa