Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, December 13, 2013

POLIS BERJAYA TUMPUSKAN SAKI BAKI KOMUNIS DI PENANG!!!


NIBONG TEBAL 13 Dis. - Polis menumpaskan kumpulan samun dan curi kenderaan dikenali sebagai Geng Ah Boy selepas tertangkapnya ketua kumpulan itu dalam satu serbuan di sebuah hotel bajet di Simpang Ampat di sini baru-baru ini.

Suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun ditahan pada 6 Disember lalu bersama tiga rakan berusia antara 26 hingga 35 tahun di hotel berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat, dalam serbuan pukul 6 pagi itu, polis menemukan beberapa peket plastik lutsinar dipercayai dadah jenis syabu dalam beg milik salah seorang suspek.

"Hasil pemeriksaan ke atas kereta milik suspek, polis turut menemukan sebilah parang panjang dan sebatang rotan yang dipercayai digunakan sebagai senjata semasa melakukan kegiatan jenayah mereka," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa