Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, December 08, 2013

SYIAH DIKESAN DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO!!!


SUKAR nak mengagak siapakah yang dimaksudkan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai orang nombor 2 PAS yang terlibat dengan gerakan syiah, sebab PAS bukanlah seperti UMNO yang kita semua jelas siapa orang nombor satu dan nombor dua.

Hieraki dalam UMNO begitu jelas sekali, Presiden orang nombor satu dan Timbalan Presiden orang nombor 2, tidak ada jawatan atau badan lain yang di atas dari itu.

Jadi kalau ada sesiapa buat fitnah mengaitkan orang nombor 2 UMNO (tanpa menyebutkan nama), Timbalan Presiden Tan Sri Mahyuddin boleh saman orang itu dengan mudah sebab memfitnah beliau.

Sedangkan PAS berbeza.

Ikut fahaman ramai orang, Mat Sabulah orang nombor 2 PAS sebab dia Timbalan Presiden. Tapi kalau ikut hieraki dalam perlembagaan PAS, Mat Sabu sepatutnya berada di antara kedudukan ketiga dan keempat – dibawah Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am (?) dan Presiden PAS.

Timbalan Mursyidul Am tu penulis letakkan tanda soal sebab fungsi jawatan tersebut tidak nampak signifikasinya dalam organisasi PAS melainkan ambil alih jawatan Pengerusi Majlis Syura Ulama bila Mursyidul Am sakit, tenat atau meninggal dunia terus.

Dalam masa yang sama, perlembagaan PAS (Fasal 8) mengesahkan Mursyidul Am adalah jawatan tertinggi dalam parti.  Sesuai dengan ketinggian kedudukan Majlis Syura Ulama PAS yang diketuainya.

Jadi takkan Timbalan kepada orang nombor satu berada dikedudukan lebih bawah dari Presiden dan Timbalan Presiden?  Sebab itulah penulis letakkan tanda soal pada jawatan Timbalan Mursyidul Am.

Nak lebih complicated keadaan lagi, ada pandangan mengatakan Ahli-Ahli Majlis Syura Ulama lebih tinggi dari jawatan Timbalan Presiden PAS sebab badan itu diiktiraf perlembagaan PAS sebagai badan tertinggi parti berlambangkan bulan tersebut.

Kalau pandangan itu diterima, Mat Sabu jatuh tempat ke berapa?  18?  Sebab ahli majlis syura ada 17 orang dan Mat Sabu bukanlah salah seorang darinya.

Moral cerita disini, bukan mudah Mat Sabu nak melatah, apatah lagi mengambil tindakan undang-undang ke atas Zahid atas kenyataan yang dikeluarkan beliau mendakwa orang nombor 2 PAS sebagai penganut fahaman syiah dalam ucapan penggulungan beliau di perhimpunan Agung UMNO sebentar tadi.

Zahid pun bijak tak sebut nama, menyukarkan lagi usaha Mat Sabu nak menyaman Menteri Dalam Negeri tersebut, melainkan dia boleh buktikan di Mahkamah bahawa dia memang berada di kedudukan nombor 2 dalam PAS.

Itu satu hal, satu hal yang lain, kalau betul pun orang yang dimaksudkan Zahid itu ialah Mat Sabu, sudah pasti selaku Menteri Dalam Negeri, Zahid ada first hand info dari kita semua yang lain.  Maklumat itu  mungkin tak cukup untuk mendakwa sesiapa di Mahkamah kerana menjadi syiah, tapi nak mempertahankan diri kalau Mat Sabu menyaman, sudah cukup kot.--SUMBER

3 comments:

Anonymous said...

Itu pentingnya ISA kesalah yg sukar di buktikan..mcm kes syiah..macam api dlam serkam, pengedar kad pengalan palsu, pasport, cetak edar wang palsu ( semua melibatkan keselamatan negara dan ekonomi) tpi pm kita bijak atas desakan ngo pakatan di belakang u all pun tahu siapa.. Dia mansuhkan...lah ni KDN nak guna jakim.janatan agama..meka pun x ada lokap, nak buktikan amat sukar..kalau si bawa ke mahkamah, buang masa, duit rakyat..sepiapa yg rugi..rakyat di jadi kacau bilau dlm negara..org kaya cabut lari keluar negara seba ada harta dan rumah di sana ...kita tunggu la sehingga akhir hayat..tengok negera luar..bila negara kaua bilai org yg batu apa, juang hak asasi meka yg cabut dulu..

nasirwise said...

RUPA RUPANYA MAT SABU, TIMBALAN PRESIDEN PAS ITU SEORANG SYIAH.

Menteri KDN dan Naib Presiden UMNO memberitahu para perwakilan yang Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS itu adalah seorang Syiah. Tentu sekali Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah mendapat bukti kukuh penglibatan Mat Sabu di dalam aktiviti Syiah.

Seperti yang umum sedia maklum, Mat Sabu adalah rakan baik Lim Guan Eng dan menganggoti Lembaga Pengarah sebuah GLC Pulau Pinang. Seorang yang memartabatkan komunis dan sempati dengan Chin Ping. Beliau cuba mengubah fakta sejarah yang komunis yang memerdekakan Malaya.

Penulis tidak menyangka ahli PAS masih memilih golongan syiah dan rakan Anwarinas, sebagai Timbalan Presiden PAS menepikan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, seorang berpendidikan agama.

Malaysia mengharamkan ajaran Syiah dan apabila Kedah meluluskan Undang Membenteras Syiah, Mat Sabu boleh di ambil tindakan. Ajaran Syaiah sama seangkatan dengan Ajaran Tuhan Haron. Kerajaan akan mengambil tindakan pada waktu yang sesuai iaitu selepas segala butiran undang undang diperhalusi.

Apa akan terjadi kepada PAS jika Mat Sabu ditakdirkan menjadi Presiden PAS? Dia hendak sesat seorang tak apa lah tetapi jangan sesatkan orang lain. Berapakah jumlah ahli PAS? 800,000 orang? Berapakah penyokong PAS? 3 juta? Jika benar, itulah bilangan orang yang akan di sesatkan. Sungguh besar bahayanya dan dosanya. Semoga ahli biasa dan penyokong PAS cepat insaf dan menyedari kesilapan serta tinggalkan Mat Sabu. Para pengurusan atas PAS sudah `buta hati’. Tak boleh buat apa apa.

Anonymous said...

Eitherway, I hope abg mad saman zahid, jgn bagi can. Tp aku rasa bakal jadi mcm isu pemuda pas dgn mat said satu masa dulu, lama dah aku tunggu, tp tak saman saman pun, sbb sedikit sebnyk ada kebenarannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa