Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, November 09, 2013

PARTI ISLAM SEMALAYSIA ISYTIHAR PERANG TERHADAP ANWAR IBRAHIM!!!


Isu di mana Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahukan serta menyarankan semua parti politik berasaskan kaum dan agama termasuk PAS yang merupakan sekutu rapat DAP dibatalkan pendaftarannya adalah isu panas buat parti Islam itu ketika ini.

Rata-rata pemimpin tertinggi parti PAS berang dengan kenyataan Karpal iaitu negara Islam dan hukum hudud tidak boleh diwujudkan serta, akan beliau tentang habis-habisan sekiranya masih lagi ada pihak yang cuba membangkitkan isu ini. Justeru, langkah terbaik yang Karpal mahu lakukan adalah membatalkan pendaftaran parti yang mempunyai sentimen agama yang tinggi, seperti PAS.

Dalam hal ini, yang bangkit mempertahankan kedudukan PAS adalah pemimpin-pemimpin parti PAS sahaja yang merasa terhina dan terpukul dengan tindakan drastik Karpal Ini. Ironinya, Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak membuka mulut memberikan sebarang kenyataan membidas Karpal apatah lagi mengekalkan relevannya parti PAS di Malaysia serta dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Tidak ada satu juga kenyataan balas dari Anwar menyatakan kepentingan PAS sebagai sebuah parti yang mampu mempertahankan Islam di negara ini seperti mana yang dicanang sebelum ini.

Di sini jelas menunjukkan, seolah-olah Anwar juga selari dengan saranan Karpal yang mahu parti PAS dibatalkan. Secara tidak langsung, beliau tidak lagi mahukan sebuah parti politik yang yang mengamalkan dasar Islam berjuang bersama beliau dalam merealisasikan keinginan untuk menjadi pemimpin di negara ini.

Sejak dahulu lagi, Anwar sering kali tidak menonjolkan PAS sebagai parti yang berkepentingan dalam PR. Yang selalu diangkat dan dijulang tinggi adalah kepimpinan dan kewibawaan yang dibawa oleh parti DAP.

Ambil sahaja contoh sewaktu pilihan raya berlangsung. Kelibat Anwar tidak muncul ketika ceramah-ceramah atau siri kempen yang diadakan parti PAS. Contoh yang jelas dilihat ketika PRK di Kuala Besut. Anwar langsung tidak turun padang ketika kempen berlangsung dan tiada secara langsung menyatakan sokongan kepada PAS yang berlawan dengan BN.

Di Selangor selepas PRU13, Anwar tidak membenarkan PAS mengambil alih memerintah kerajaan negeri itu. Walhal, PAS menyumbangkan kemenangan besar kepada PR. Walaupun pemimpin PAS menagih mahukan jawatan dalam kerajaan Selangor, Anwar masih lagi membutakan mata dan memekakkan telinga dari mendengar rintihan parti PAS.

Dalam isu Karpal mahukan PAS dibatalkan pendaftarannya, Anwar sepertinya gembira dan tidak ambil pusing dengan kejatuhan parti PAS.

Yang beliau pasti, isu ini tidak akan diketengahkan oleh PAS walaupun ada individu-individu dalam PAS yang membuka mulut membidas Karpal. Ini kerana, Anwar tahu, PAS tidak akan ke mana dalam mengambil tindakan terhadap Karpal.

Inilah peranan Anwar yang sentiasa memihak parti DAP dan membiarkan sahaja PAS dipijak-pijak sesama mereka sendiri kerana berfikir, perjuangan PAS bahaya buat parti PKR dan DAP untuk memerintah negara ini berkonsepkan negara sekular.

Apa yang boleh dikatakan, PAS sendiri tidak berani bangkit berlawan dengan PKR dan DAP kerana selama ini, sudah terbiasa berada di bawah telunjuk Anwar dan DAP. Jadi, tidak ada fungsi untuk Anwar mempertahankan parti PAS lagi. Lama-kelamaan, Islam akan terus terpinggir dan dibuang dari negara ini.--SUMBER

2 comments:

Anonymous said...

Sejak dulu lagi PAS ni parti yg tak faham-faham bahawa DAP tak nak Islam. Tak kan nak tunggu Karpal ludah muka Nik Aziz baru faham.

Anonymous said...

PAS tiada nilai di mata DAP dan sang peliwat... hanya sekadar menambah bilangan kerusi pembangkang PR... tapi yelah, PAS mmg rela jadi kerbau dicucuk hidung oleh DAP dan PKR...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa