Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, November 28, 2013

AHLI PARLIMEN PAS TERBUKTI KUAT FITNAH SESAMA MUSLIM!!!


SHAH ALAM 27 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad membayar ganti rugi RM300,000 kepada Datuk Dr. Hasan Ali setelah didapati memfitnah Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati) itu.

Hakim Datuk Yaacob Md. Sam turut menetapkan kos sebanyak RM20,000 perlu dibayar oleh Khalid kepada Hasan pada prosiding bagi menetapkan jumlah ganti rugi dan kos dalam kes saman fitnah membabitkan kedua-dua individu terbabit.

Pada 31 Oktober lalu, mahkamah tersebut memutuskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dalam satu sidang akhbar pada 24 Februari tahun lalu bukanlah satu pembelaan terhadap isu 'pemimpin parasit' yang ditimbulkan oleh Hasan.

Hasan memfailkan saman tersebut pada 12 April tahun lalu selepas Khalid mengeluarkan dakwaan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd. sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.

Khalid dalam pernyataan pembelaannya menyatakan, kenyataannya dalam sidang akhbar itu adalah bagi menjawab 'serangan' Hasan yang menggelarnya sebagai pengkhianat dan pemimpin parasit.

Dalam prosiding hari ini, Hasan diwakili peguam Hasnal Rezua Merican manakala Khalid diwakili peguam, Azhana Mohd. Khairudin.

Selain menetapkan ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi teladan RM100,000, Hakim Yaacob turut menetapkan kadar faedah sebanyak lima peratus dikenakan ke atas jumlah ganti rugi bermula dari tarikh penghakiman sehingga pembayaran penuh.--UM

3 comments:

Anonymous said...

Pas hari ini dah jauh terpesong... soal dosa pahala, halal haram dah tak penting dah... yg penting nak ke putrajaya... walaupun terpaksa menjadi hamba suruhan kafir dan munafik... walaupun terpaksa mengorbankan sebangsa seagama... tak caya, tengok sendiri apa yg berlaku hari ini... bukti sangat jelas...

Anonymous said...

Begitulah jadinya kalau pemimpinya sanggup makan babi daripada makan ayam...confirm hati jadi gelap,bila hati dah gelap mulut pun jadi mulut longkang!

Anonymous said...

ULAMAK PAS BOILH BUAT FITNAH KE ?
FITNAH=BOHONG=MUNAFIK !
INGIN TANYA ULAMAK PAS APA HUKUM ORANG MUNAFIK PULA .
KALAU DI DUNIA KENA DENDA, DI AKHIRAT BAGAIMANA .
BOLIH TUAN GURU NIK AZIZ TOLONG JAWAB ...
SETAKAT INGIN TAHU SAHAJA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa