Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, October 19, 2013

WAJIB BACA:PESANAN PRESIDEN UMNO




KUALA LUMPUR:  "Mereka yang menang dalam pemilihan UMNO , jangan terlalu ghairah dan angkuh dan mereka yang kalah, jangan tamatkan perjuangan."

Ini adalah nasihat Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak kepada ahli-ahli UMNO yang akan bertanding untuk jawatan Majlis Tertinggi dan Naib Presiden UMNO hari ini.

Bernama melaporkan bahawa Najib memberi pengingatan kepada mereka yang menang akan tanggungjawab dan amanah mereka yang besar dalam perjuangan membela bangsa dan agama.

"Calon yang menang perlulah tawadduk, bahawa perjuangan UMNO memerlukan barisan kepimpinan yang bersatu bagi menghadapi cabaran mendatang.

"Yang tak berjaya, ini bukan penamat perjuangan mereka, ini satu proses dalam perjuangan, perlu terus berjuang dan beri sumbangan kepada parti," beliau dipetik berkata.

Sebelum itu, Najib menghadiri mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Pekan, di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah pada pukul 9.30 pagi dan disambut kira-kira 1,000 perwakilan bahagian itu.

Sejurus tiba, Najib melakukan pemeriksaan barisan oleh kira-kira 100 perwakilan dari ketiga-tiga sayap Pemuda, Wanita dan Puteri bahagian dan menaikkan bendera UMNO.

Beliau kemudian beredar masuk ke dalam dewan bagi memulakan mesyuarat dan dijangka mengundi pada pukul 12 tengah hari.

Kira-kira 900 perwakilan yang layak daripada Umno bahagian Pekan akan mengundi pada pemilihan kali ini.

Mesyuarat Perwakilan UMNO hari ini berlangsung serentak di 191 bahagian bermula 8 pagi ini.

Sementara itu, turut melaungi kata-kata Najib ialah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menasihatkan mereka yang kalah supaya tidak merajuk.

Katanya, tidak perlu ada istilah merajuk dan menentang parti hanya kerana tidak menjadi pilihan perwakilan.
Beliau berkata, calon yang menawarkan diri perlu mementingkan proses transformasi dan memperkuatkan parti yang diterajui Najib.

"Sikap mementingkan diri sendiri dan mengutamakan kepentingan peribadi perlu dikikis jika mahu terus menjadi pilihan ahli di peringkat akar umbi," katanya selepas menyempurnakan perasmian persidangan perwakilan UMNO bahagian Kepala Batas yang berlangsung di institut latihan perindustrian di Bertam.

Persidangan UMNO Bahagian Kepala Batas hari ini berjalan dengan lancar.

Proses pemilihan diadakan di Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas bemula kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Kira-kira 146,000 anggota akar umbi diberi hak menentukan pimpinan peringkat bahagian dan saf tertinggi kepimpinan parti itu berbanding sebelum ini hanya 2,500 perwakilan menentukan nasib pemimpin Majlis Tertinggi semasa perhimpunan agung UMNO.


Sent from my iPad

1 comment:

Anonymous said...

Berani ke semua calon VP dan MT umno tu bersumpah laknat tidak mengamalkan politik wang..???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa