Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, October 24, 2013

TOK DERIS JADI DOKTOR???!!!


SYABAS DAN TAHNIAH...
TAK SALAH PILIH ORANG NAK BERI ANUGERAH...
MEMANG LAYAK DAN PATUT DAPAT ANUGERAH...
MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG...
MELAKA MAJU FASA KEDUA...
TOK DERIS TERUS PACU MELAKA KE MATA DUNIA...
PEMBANGKANG PUN AKUI TOK DERIS MEMANG BAGUS...
SAMPAI LETAK JAWATAN KETUA PEMBANGKANG MELAKA...
TAK TAHAN DITAJI GENG SENDIRI SEBAB PUJI KEPIMPINAN TOK DERIS...
SEMOGA MELAKA TERUS MAJU...
STEADY LER TOK DERIS!!!

JPX

MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bakal dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Kejuruteraan pada sesi pertama Majlis Konvokesyen ke-9 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Sabtu ini.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan berkata penganugerahan itu berdasarkan kepakaran, pengalaman serta sumbangan jasa dan bakti yang telah dicurahkan Idris terhadap pembangunan UTeM.

"Penganugerahan itu telah dimaklumkan kepada beliau (Idris) dan beliau bersetuju menerimanya dengan berbesar hati," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Kampus Induk UTeM Durian Tunggal di sini hari ini.

Beliau berkata, Idris sebelum ini pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UTeM selama tiga tahun bermula 15 Mei 2011. 

Sementara itu, katanya UTeM juga akan membuat pengumuman rasmi pelantikan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi Datuk Ismail Saleh, 60, sebagai Pro-Canselor kedua universiti itu pada majlis konvokesyen itu. 

Sebelum ini UTeM mempunyai hanya satu Pro-Canselor iaitu Tan Sri Datuk Dr Johari Mat.

Ahmad Yusoff berkata pelantikan yang berkuatkuasa 1 Okt lepas selama tiga tahun itu telah diluluskan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dipersetujui Canselor UTeM Yang Dipertua Negeri
Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

"Beliau (Ismail) mempunyai lebih 36 tahun pengalaman dalam perkhidmatan awam dan diharap pelantikan ini akan membantu membawa UTeM ke tahap yang lebih global dan cemerlang," katanya.

Beliau berkata Ismail merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya dan pernah menjawat beberapa jawatan penting seperti Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Pengarah Bahagian Industri Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan Timbalan Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (Matrade).

Sementara itu, Ahmad Yusoff berkata bilangan graduan UTeM pada tahun ini meningkat 13.3 peratus kepada 2,110 pelajar berbanding 1,862 pelajar pada tahun lepas.

Beliau berkata kesemua graduan konvokesyen ke-9 itu merupakan pelajar peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PhD dari enam fakulti termasuk Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

Katanya daripada jumlah itu, seramai 167 pelajar adalah dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan yang merupakan kumpulan pertama menerima Ijazah Sarjana Muda pada istiadat itu.

"Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan terhadap graduan UTeM 2012, 1.35 peratus daripada mereka bekerja di sektor kerajaan dan selebihnya di sektor swasta," katanya. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa