Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, October 13, 2013

KAk EMI MENANG BERGAYA:KJ, KAK IJAT KEKAL JAWATAN

Khairy, Shahrizat kekal sebagai ketua sayap UMNO

KUALA LUMPUR:  Dua sayap UMNO iaitu Pemuda dan Wanita berjaya mengekalkan kepimpinan mereka apabila penyandang-penyandangnya mendapat undian tertinggi pada pemilihan UMNO kali ini.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terus menerajui sayap Wanita UMNO, Khairy Jamaluddin sekali lagi diberi kepercayaan mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO.

Bagaimanapun muka baru telah dipilih bagi mengetuai Pergerakan Puteri UMNO, iaitu Mas Ermieyati Samsudin, menewaskan lawannya Jamilah Hanim.

Setakat jam 10.30 malam tadi yang diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, Shahrizat telah memperolehi 35 undi bagi pemilihan Ketua Wanita, manakala pencabarnya Datuk Maznah Mazlan memperolehi 1 undi sementaa Raihan Suleiman Palestin tidak mendapat sebarang undi.

Untuk jawatan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin mendapat 34 undi, sementara pencabar-pencabarnya iaitu Syed Rosli Syed Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali tidak mendapat sebarang undi.

Bagi jawatan Ketua Puteri, Mas Ermieyati Samsudin memperoleh 37 undi, manakala lawannya Jamilah Hanim Othman mendapat 12 undi.

Meskipun begitu, keputusan tak rasmi telah pun menunjukkan calon-calon tersebut telah jauh meninggalkan pencabar-pencabar mereka.

Walaupun pemilihan kali ini menyaksikan satu sistem yang lebih terbuka dengan beberapa syarat ketat dikenakan, sokongan dari akar umbi tetap memihak kepada muka-muka lama.

Menurut penganalisis pula, pemilihan kali bukanlah suatu isu berbanding dengan cabaran yang bakal dihadapi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Bagi Penyelidik KITA, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Mansur Mohd Noor berpendapat bahawa budaya perlu dikaji kerana muka-muka baru seolah-olah tiada ruang untuk menempatkan diri mereka dengan pengundi.

Beliau memuji perubahan serta sistem pemilihan baru itu sebagai langkah berani yang dibawa UMNO, namum merasakan ia harus dikaji.

"Tapi kalau kita nak kaji sejauh mana berkesannya perubahan ini kita perlu lihat pelopor pengundi yang ada sekarang. Saya rasa yang kita dapat baca sekarang penyandangnya menang, iaitu mereka yang sudah pegang jawatan.

"Bagi saya kita kena kaji bukan kaedah pengundian itu, kita perlu lihat budaya dalam UMNO sekarang, kerana masalah nya itu bukanlah sistem nya tetapi budayanya," katanya.

Menurut Pengarah Kajian Strategi Kepimpinan, Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM), Dr Yahya Mat Hassan pula, proses pemilihan UMNO kali ini dilihat sebagai kesempatan terbaik kepimpinan parti tersebut meningkatkan kembali sokongan rakyat untuk kekal memerintah.

Beliau berpendapat bahawa transformasi UMNO mampu mengangkat lagi parti itu sebagai pejuang agama, bangsa dan negara.

Sementara itu Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keputusan melaksanakan sistem pemilihan terbuka merupakan satu keputusan tepat.

Katanya ia juga membuktikan parti itu mendahului dalam aspek keterbukaan demokrasi.

Menurut Najib, bukan mudah untuk mengendalikan pemilihan kali ini dengan jumlah calon serta proses yang lebih besar dan rumit.

Namun, di sebalik kesukaran itu, beliau menegaskan bahawa UMNO telah berjaya mengendalikan proses pemilihan dengan cemerlang.

Dalam pada itu, Khairy menyifatkan pemilihan kali ini sebagai satu pertembungan antara pemikiran progresif dan liberal dengan pemikiran yang ke belakang dan konservatif, dan akar umbi UMNO telah membuat pilihan.

Katanya, ia adalah satu pengiktirafan kepada pemikiran progresif dan liberal yang beliau bawa selama empat tahun lalu sejak jadi Ketua Pemuda UMNO.

"Ini adalah suara akar umbi yang telah mengesahkan kemenangan mereka yang menang hari ini," katanya.

Beliau juga menarik perhatian bagaimana sistem pemilihan baru ini telah menghapuskan amalan negatif yang selalu dilihat semasa pemilihan parti termasuk politik wang.

Pemilihan pucuk pimpinan bahagian dan pusat termasuk sayap-sayap parti dilakukan di 191 bahagian umno di seluruh negara.

Proses kali ini mengguna pakai sistem baru bagi pemilihan barisan kepimpinan parti...membabitkan  146, 500 ribu perwakilan dengan tanggung jawab memilih 33,012 calon yang bertanding.


Sent from my iPad

1 comment:

Anonymous said...

Salam Makcik

Mengapa ini berlaku?

Ini lah hasil budaya UMNO...pemimpin setiap peringkat hanya mahukan pengikut 'yes man'.

Mereka yang cerdik akan disingkirkan. Bukan setakat perwakilan biasa bahkan ajak pemuda bahagian pun tak tahu siapa daPIG belaan KJ.

Klu dah tahap mcm tu..apa yang kita boleh harap dari mereka untuk menentukan yang mana intan yang mana kaca.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa