Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, October 30, 2013

HANYA ISLAM YANG TULEN DAN ORANG BAIK BERANI MINTA MAAF


"Sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah tafsir atau dirasakan menyinggung perasaan keluarga...saya mohon maaf," itu kata-kata yang dilafazkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan kononnya beliau mempersendakan kematian bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak Sabtu lepas.

Begitulah 'gentleman' orang nombor dua negara tersebut, walaupun bagi sesiapa dengar sendiri ucapan beliau tidak ada langsung nada mempersenda atau menyindir dalam ucapan beliau mengenai keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan penyakit kencing manis yang dialami Azizan.

Namun kata Muhyiddin, "Sebagai seorang Islam, kadang-kadang dalam ucapan pun kalau ada ketelanjuran...awal-awal lagi kita minta maaf..."katanya dalam sidang media di Kampung Bukit Choras petang Selasa.

Menurut Muhyiddin, sebenarnya sesiapa yang hadir di majlis tersebut, beliau menyebutkan tentang bajet, menjelaskan tentang subsidi dan beliau sebut mengenai gula.

"Di situ saya menyebutkan kita nak menjaga kesihatan, tapi bukan tujuan saya untuk mencemarkan nama baik Allahyarham ataupun merendah-rendahkan beliau kerana kita tahu Allahyarham ialah seorang pemimpin yang berjasa."

"Tapi apapun sebagai manusia kalau kenyataan itu disalah tafsirkan ataupun dirasakan menyinggung keluarganya saya mohon maaf. Sebagai seorang Islam kadang-kala kalau ada terlanjur kita minta maaf. Itu yang penting," kata Muhyiddin.

Muhyiddin pada hari Sabtu lalu mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014.

Beliau dilaporkan berkata, "pengurangan subsidi itu untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai Azizan."

Media-media pembangkang kemudian 'spin' isu tersebut dari kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa Muhyiddin mempersendakan kematian Azizan.

Dalam sidang media tersebut, Muhyiddin turut meminta agar masyarakat mendengar semula rakaman ucapan beliau sebagai penilaian.

"Saya minta semak balik video itu sebenarnya, ucapan saya dan pegawai saya mengesahkan bahawa nada saya langsung tidak ada (unsur menghina) tapi bila dibangkitkan oleh media sosial The Malaysian Insider jadi ada respon dan disambut oleh (Datuk) Mahfuz," kata Muhyiddin.

Menjawab soalan wartawan, Muhyiddin berkata ucapan beliau mungkin dimanipulasikan kerana pembangkang tidak mempunyai banyak isu bagi kempen dalam kempen PRK Sungai Limau ini.

"Mereka tidak mempunyai banyak isu, gerakan kempen oleh BN bagi saya sudah mula diperhebatkan kita pergi ke semua pelusuk termasuk di sini (Bukit Choras), kubu kuat PAS. Saya masuk sebagai seorang pemimpin untuk melihat apakah masalah mereka. secara langsung mereka melihat kesungguhan kita. Ini dari segi kempen amat baik.mereka melihat keikhlasan kita bukan soal politik semata-mata tapi soal tanggungjawab kita,"ujarnya.

"Walaupun kawasan ini kawasan kubu (PAS) tetapi mereka membuka pintu mempelawa kita datang dan minum ini satu yang positif yang kita lihat di sini,"jelasnya.

Sebelum itu, ketika menghadiri majlis bersama penduduk Bukit Choras, Muhyiddin berkata tidak ada negara lain yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi seperti Malaysia dan sejak dari dahulu kerajaan melakukan pelbagai usaha memajukan iktisad, ekonomi dan sosial umat Islam.

"Usaha dilakukan telah memberi manfaat besar kepada umat Islam seperti pembinaan Universiti Islam Antarabangsa, Takaful Islam, Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi,"

Terdahulu beliau melawat Madrasah Mazahirul Ulum dan mengumumkan bantuan sebanyak RM350,000 bagi pembinaan bangunan pusat tahfiz yang telah ditubuhkan sejak tahun 1995.

Beliau juga mengumumkan peruntukan RM50,000 untuk melebarkan jalan Kampung Bukit Choras.

Menurut Muhyiddin, pembangunan umat Islam tidak akan berjaya ia tidak mendapat sokongan rakyat yang prihatin tentang Islam.

Sehubungan itu beliau meminta penduduk Sungai Limau bersama-sama kerajaan dan memilih wakil kalangan pemimpin yang mewakili kerajaan supaya mereka tidak ketinggalan daripada pembangunan yang dilaksanakan.

"Saya umum peruntukan hari ini tanpa bertanya sama ada Pengerusi Madrasah, Shahrul Nizam Salleh sokong kerajaan atau PAS, ia semata-mata untuk kebaikan anak-anak kita, tapi saya harap beliau sokong kita," kata Muhyiddin.-29/10/2013 OLEH HELME HANAFI DAN LUKMAN ABDULLAH

PAS politikkan kenyataan TPM untuk kelirukan rakyat...

PAS sengaja mempolitikkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan dengan penyakit kencing manis yang dialami bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kenyataan Muhyiddin itu diambil di luar konteks hingga menimbulkan kekeliruan banyak pihak.

"Saya tak fikir (kenyataan menghina). Tiada niat untuk memperkecilkan arwah Menteri Besar. Topik yang diperkatakan ialah mengenai bajet dan beliau (Muhyiddin) turut menyentuh mengenai pengurangan subsidi gula.

"Itu adalah topik yang disebut. Saya sangat pasti bahawa beliau tidak menyebut apa-apa yang perlu diambil sebagai penghinaan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Menteri Besar bersama warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang Isnin.

Mukhriz berkata demikian bagi mengulas mengenai gesaan anak kelima daripada isteri pertama Azizan, Muhammad Rafi'iy agar Muhyiddin menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada keluarganya.

Mengulas mengenai gesaan itu Mukhriz berkata: "Saya boleh jelaskan kepada anak Allahyarham ustaz Azizan apa sebenarnya yang diperkatakan oleh TPM," katanya.--AD

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa