Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, September 22, 2013

WAJIB BACA:SIAPA PILIHAN ANDA???


Seperti yang dijangka, Presiden UMNO, Najib Tun Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin terus diberi mandat menerajui parti itu.

Kedua-duanya diisytiharkan menang tanpa bertanding selepas pendaftaran pencalonan bagi pemilihan UMNO ditutup petang semalam.

Awang mengucapkan tahniah kepada Najib dan Muhyiddin. Pemilihan semula mereka adalah isyarat pengiktirafan UMNO di semua peringkat kepada kepimpinan Najib yang dibantu oleh Muhyiddin.

Kejayaan UMNO mencatatkan prestasi lebih baik pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan banyak pencapaian positif dalam pentadbiran negara, adalah antara faktor kedua-dua pemimpin itu dengan mudah dikekalkan.

Awang yakin Najib dan Muhyiddin adalah gandingan terbaik untuk terus membawa UMNO menjadi parti yang lebih kuat biarpun dalam landskap politik baharu yang sangat mencabar.

Kini tumpuan pemilihan adalah bagi jawatan Naib Presiden yang menyaksikan persaingan enam penjuru. Siapa pilihan perwakilan? Awang merasakan sebagai penyandang, Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafei Apdal mempunyai kelebihan untuk mempertahankan jawatan.

Bagaimanapun kebarangkalian pencabar iaitu Mukhriz Mahathir, Isa Samad dan Ali Rustam melakukan kejutan, tetap ada. Dalam politik, segala-galanya boleh berlaku.

Apatah lagi pemilihan kali ini lebih demokratik dengan penentuan dibuat oleh 146,000 perwakilan berbanding cuma 2,500 perwakilan sebelum ini.

Turut menjadi perhatian jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda. Shahrizat Jalil dan Khairy Jamaludin dijangka tidak menghadapi masalah besar walaupun menghadapi saingan daripada calon lain.

Perebutan dua penjuru bagi jawatan Ketua Puteri pasti sengit sementara lebih ramai muka baharu diramal dapat mengisi jawatan Ahli Majlis Tertinggi.

Pertandingan di bahagian-bahagian juga tidak kurang panas. Antara masalah dalam UMNO ialah ramai ketua bahagian yang sudah terlalu lama masih mahu kekal, menyebabkan proses peremajaan dalam parti agak perlahan.

Apa pun, UMNO sekali lagi membuktikan ia menjadi perintis kepada pemilihan parti yang lebih terbuka, telus dan berakar umbi. Rekod UMNO lebih ke hadapan berbanding parti-parti lain.

Yang Awang teruja mahu lihat selepas ini adalah kejutan dan drama. Selain keputusan siapa menang dan kalah pada Oktober ini, siapa pula akan tarik diri dan siapa lagi yang akan kecundang kerana salah laku dan politik wang ketika berkempen. Kita tunggu.

- Awang Selamat

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa