Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, September 23, 2013

ABU BANGKAI KOMUNIS TETAP AKAN DIBAWA KE MALAYSIA???!!!



Isu abu mayat Chin Peng hanyalah merupakan kesempatan yang cuba dipergunakan oleh pihak pembangkang  untuk terus mencabar kewibawaan kerajaan. Pembangkang akan menggunakan apa sahaja isu walaupun mustahil  untuk menimbulkan provokasi melampau semata-mata untuk mengugat keamanan negara.

Isu-isu yang mustahil sebelum ini pernah dimainkan  dengan kuat dan berterusan  oleh pembangkang seperti sokongan kebebasan lesbian, gay, biseksual dan transgender walaupun semua agama di atas muka bumi Allah ini menentang LGBT.

Begitu juga dengan isu murtad yang begitu sensitif kepada umat Islam.  Walaupun Hassan Ali semasa berada di dalam PAS cuba bertindak dengan mengadakan serbuan ke gereja DUMC yang penuh dengan agenda murtad namun akhirnya tindakan beliau memakan diri sendiri apabila telah dibuang dari PAS yang tunduk dengan keangkuhan DAP.

Isu petualang negara cuba diubah sebagai wira memang merupakan modus operandi yang menjadi panduan pembangkang. Sebelum ini kita melihat senario yang cukup memualkan apabila pihak pembangkang berulang kali membela dan mempertahankan penjenayah seolah-olah mereka ini wira yang teraniaya.

Dalam isu Chin Peng yang mengabdikan diri  untuk memusnahkan dan menentang pemerintahan  juga terus diangkat sebagai wira.  Bermula dengan penjajah British dan Jepun, Chin Peng kononnya mahu membebaskan negara daripada penjajah tetapi penentangan petualang  negara ini rupanya berterusan walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan.

Darurat yang mulanya diisytiharkan British pada 1948 telah berterusan hingga 1960 semata-mata kerana pengganas komunis Chin Peng ini memilih untuk terus membuatkan rakyat Malaysia menderita.  Dalam tempoh itu lebih daripada 10,000 anggota keselamatan dan orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa keganasan Chin Peng.

Usaha untuk membawa abu mayatnya pulang ke negara ini seperti mencabar kerajaan yang telah ditentang secara kejam dan ganas oleh Chin Peng. Maka DAP telah cuba menghidupkan sentiment walau kejam dan jahat seperti Chin Peng, anda akan tetap dianggap sebgai wira oleh pakatan pembangkang. Negara kita  akan dibuka pintu seluas-luasnya oleh pembangkang untuk penjenayah dan pengganas. Kita juga  sangsi kerana akan  ada puak yang bersimpati  dan mengganggap penjahat sebagai wira dengannya menjadikan tempat abu mayatnya disimpan sebagai satu tugu untuk memperingati perjuangan keganasan dan kekejamannya.

Chin Peng bersama komunis  mungkin berjuang menentang British sebelum kemerdekaan dan juga Jepun waktu peperangan Dunia Kedua antara 1940 dan 1945 namun setelah Malaysia  diisytiharkan merdeka dengan rakyat negara ini menubuhkan kerajaan yang mereka sendiri pilih melalui pilihan raya pun masih terus ditentang oleh Chin Peng.

Ini berlaku akibat daripada  tidak boleh menerima kenyataan bahawa perjuangan politik komunis berbeza dengan parti yang dipilih rakyat. Chin Peng dengan tegas tidak mahu meletakkan senjata tetapi bertekad mahu terus berperang menentang kerajaan Malaysia pula.  Keganasan mereka menular ke kawasan Bandar memandangkan saudara mara mereka ramai berada di kawasan Bandar yang boleh memberi perlindungan kepada pengganas komunis ini.

Mereka telah membawa kepada pelbagai serangan seperti menembak hingga mati Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada 7 Jun 1974 di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur di Jalan Perak. Setahun kemudian mereka membunuh Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong dan telah juga mengebom dan merosakkan Tugu Negara.

Tidak ada perkara yang baik telah dibawa oleh pengganas komunis dalam Negara kita melainkan kenangan derita dan keganasan yang masih menjadi igauan dan mimpi buruk mangsa kekejaman mereka. Oleh itu demi menghormati mangsa kekejaman komunis dan menyatakan ketegasan kerajaan memerangi pengganas dan pemberontak negara maka amat tepat sekali  keputusan kerajaan melarang abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.

1 comment:

Anonymous said...

harap kerajaan tegas dengan pendirian ini..! jangan berlembut dengan sebarang asakan & usaha2 dari manusia yg dangkal akal fikiran..jangan berlembut dengan desakan Naib Presiden MCA, Gan Ping Siew yang mahu kerajaan Malaysia membawa balik abu mayat chin peng! MCA jangan jadi duri dalam daging! kerajaan jangan ambil jln mudah semata2 mahu sokongan org cina ke dlm MCA! MCA jgn cuba jadi HERO kepada org cina Malaysia pula!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa