Dua penggal yang lepas kita menyaksikan bagaimana setiap kali pemimpin UMNO menyuarakan relevannya ketuanan Melayu maka mereka akan dikecam hebat dan dituduh rasis. Maka mereka pun memohon maaf ke atas kesalahan yang tidak mereka lakukan hanya kerana terlalu lemah dan bertolak ansur dalam perjuangkan bangsa Melayu.
Harus kita sentiasa ingat bahawa Pilihanraya Umum ke13 baru-baru ini telah membuktikan bahawa kaum Cina tidak menyokong langsung Barisan Nasional walaupun para pemimpin UMNO begitu bertolak ansur dengan mereka.
Rakyat dan ahli UMNO sudah muak dengan pemimpin yang terlalu mengikut rentak mereka yang cuba menindas bangsa Melayu secara terang-terangan dan cuba menakluk Tanah Melayu ini dengan hujah KONONnya kesamarataan yang nyata tidak adil terhadap tuan Tanah Melayu.
Pemilihan UMNO pada Oktober ini akan menyaksikan kebangkitan bangsa Melayu dalam memilih para pemimpin yang berani dan benar-benar memperjuangkan hak serta kepentingan orang Melayu. Sikap yang terlalu apologetic terhadap pembuli bangsa Melayu akan menjadi kriteria utama penolakkan pemimpin tersebut.
UMNO perlu sentiasa mengingatkan sesama sendiri akan tujuan dan matlamat utama parti sebagai pengasas dan tulang belakang Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka lagi. Menurut perlembagaan UMNO, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Dan yang penting UMNO wujud untuk memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.
Oleh itu pemimpin UMNO tidak boleh takut memperjuangkan hak orang Melayu kerana cabaran dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) amat getir dengan pertambahan lebih ramai pengundi muda. UMNO adalah sebuah parti untuk orang Melayu dengan itu kita memerlukan pemimpin yang secara terbuka dan berani memperkata dan memperjuangkan hak kepentingan orang Melayu dan tidak apologetik.
Walaupun agenda Memperkasa ekonomu orang Melayu dan Bumiputera telah dikritik dengan hebat namun Datuk Seri Najib tetap tidak berganjak dari matlamat tersebut kerana ianya selari dengan matlamat parti yang menjadi tonggak kita.
Tidak akan ada sesiapa yang akan mempertahankan hak bangsa Melayu melainkan diri kita sendiri. Dengan itu bangsa Melayu harus bangkit dari tidur yang menyebabkan mereka terlalu percaya dengan tipu daya mereka yang cuba menganiaya bangsa Melayu. Putar belit fakta dan ungkapan menjadi makanan dan permainan utama mereka. Kita tidak pernah mengambil hak orang lain tetapi kita memperjuangkan hak orang Melayu sebagai tuan Tanah Melayu yang cuba dinafikan hak oleh pendatang yang telah dibawa oleh British ke Tanah Melayu sebelum era kemerdekaan.--mykmu
No comments:
Post a Comment