Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, August 07, 2013

TOK DERIS TAWAR DIRI REBUT JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO???!!!


MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron mengakui sedang mengimpikan untuk merebut salah satu jawatan tertinggi dalam parti pada pemilihan Umno tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan tepat jawatan yang sedang diintainya itu, bagaimanapun menjelaskan ia bukanlah jawatan presiden, timbalan presiden atau naib presiden.

"Saya ada impian untuk bertanding merebut apa-apa jawatan dalam parti tetapi bukan jawatan presiden, timbalan presiden atau naib presiden.

“Bagi jawatan ketua pemuda pun, tidak tahu lagi,” katanya pada majlis ramah mesra dengan media di sebuah hotel, dekat sini, malam kelmarin.

Idris kini memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka selepas menang pada PRU13 lalu.--SH

1 comment:

Anonymous said...

Allahhuakbar! Sokong 100% Tok Deris tanding ketua pemuda UMNO Malaysia... kasi tendang itu KJ ke longkang... Baghal tali barut PR tu... Sama seperti bapak mertuanya tu!...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa