Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, August 08, 2013

AKIBAT BERKAWAN DENGAN PELIWAT, LAJIM UKIN BAKAL KEHILANGAN KERUSI!!!

TINDAKAN Hakim Yew Jen Kie menerima petisyen pilihanraya yang dikemukakan calon BN, Isnin Aliasnih dalam mempertikaikan kemenangan calon PKR, Lajim Ukin di DUN Klias semasa PRU13 yang lalu, benar-benar memberi sinar harapan yang terang kepada BN dan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Inilah peluangnya untuk BN membuktikan selagi lagi (selepas PRK Kuala Besut) bahawa gabungan politik itu sebenarnya masih lagi diterima rakyat, berlawanan dengan tanggapan segelintir pihak (termasuk dari kalangan penyokong BN sendiri) bahawa BN semakin merudum disebalik kemenangan dalam PRU13 yang lepas.

Bercakap tentang itu (merudum disebalik kemenangan), penulis serahkan kepada individu untuk menilai kerana dari segi logik akal, bagaimana kita yang menang dikatakan merudum, yang kalah pulak dikatakan semakin meraih sokongan?  Tanggapan ini ternyata meleset sekarang berikutan kemenangan dengan majoriti lebih tinggi BN dalam PRK Kuala Besut bulan sudah.

Berbalik pada isu tadi.

Penulis yakin BN akan berupaya merampas kerusi DUN Klias (kalau PRK diadakan) berikutan rakyat sudah tahu BN masih kekal memerintah Sabah dengan majoriti besar berbanding sebelum PRU13 dulu.  Apatah lagi kemenangan Lajim di kerusi tersebut adalah dengan majoriti yang sangat tipis, 179 undi sahaja, menambah kuat kepada keyakinan tersebut.

Walaupun Lajim dikatakan masih berpeluang untuk merayu keputusan tersebut di peringkat Mahkamah Persekutuan (ada pendapat mengatakan keputusan Mahkamah Pilihanraya muktamad dan tidak boleh dirayu), kita yakin apa pun fakta yang membawa kepada keputusan Hakim Yew semalam, terlalu kuat untuk dinafikan pembangkang.

Ini berikutan dengan hakikat bahawa petisyen pilihanraya bukan mudah untuk dimenangi sesiapa, undang-undang dan peraturannya terlalu ketat dan kuat.  Tidak hairan kenapa dari 69 petisyen pilihanraya yang dikemukakan sekarang, 2/3 daripadanya telah ditolak Mahkamah kerana tidak mematuhi undang-undang.

Justeru, jentera BN Sabah dan pusat sepatutnya sudah boleh bersedia dari sekarang untuk menggempur Klias, Sabah jika keputusan Mahkamah Kota Kinabalu ini kekal sehingga proses terakhirnya.

Inilah masa dan peluangnya untuk BN menundukkan keegoan Anwar Ibrahim dan Lajim sendiri yang begitu berbangga dengan kemenangan di Klias setelah mengambil keputusan keluar UMNO dan menyertai pembangkang tahun sudah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa