Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, August 09, 2013

PARTI KEADILAN RAKYAT TERUS LAHIRKAN PENJENAYAH BERBAKAT BESAR!!!

Tiga pemimpin Angkatan Muda PKR hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan melanggar Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Mereka adalah Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin, Timbalannya Khairul Anuar Ahmad Zainudin dan Naib Ketua AMK Mohd Nazree Mohd Yunus.
Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 22 Jun lalu sekitar 12 tengahari dan 1.15 petang dalam perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya, Pantai Baharu, di sini semasa menyertai suatu perhimpunan yang diadakan di tempat larangan iaitu tempat ibadah.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum dibawah Seksyen 4(3) akta yang sama iaitu dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 setiap seorang.

Ketiga-tiga pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun tidak menyatakan sebarang pengakuan dan meminta supaya dibicarakan.
Shamsul,39, yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil diwakili peguam Yusmadi Yusoff manakala Khairul Anuar,36, dan Mohd Nazree,29, diwakili peguam A Jeyaseelen.
Hakim Mat Ghani Abdullah kemudiannya membenarkan mereka diikat jamin sebanyak RM2,000 seorang tanpa cagaran dan menetapkan pengurusan kes pada 23 September depan.
Hakim pada mulanya menetapkan tarikh bicara pada 21 hingga 24 Oktober, namun Jeyaseelen meminta supaya ditunda ke tarikh lain kerana Shamsul perlu menghadiri sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 21 Oktober sehingga 5 Disember depan.
Kumpulan AMK pada 22 Jun lalu berarak daripada Masjid Ar-Rahman menuju ke Padang Merbok bagi menyertai Himpunan ‘Black505′ anjuran NGO dan Pakatan Rakyat.
Himpunan membantah penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu itu diadakan dengan tiga tuntutan utama, iaitu mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof serta Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan.
Kedua, mendesak supaya adakan pilihan raya semula di 30 kawasan Parlimen yang diragui kemenangannya dan ketiga, menangguhkan sebarang bentuk pindaan undang-undang pilihan raya dan persempadanan semula sehingga sistem SPR dibersihkan.-6/8/2013

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa