Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, August 04, 2013

TERKINI:TOK ALI UMUM BERTANDING NAIB PRESIDEN UMNO!!!???


STEADY TOK ALI!!!
SEBAGAI SEORANG ANAK JATI MELAKA...
AKU SOKONG TOK ALI NAK BERTANDING JAWATAN NAIB PRESIDEN UMNO...
HARI BELOM KIAMAT, ESOK SIAPA TAHU....
HARAP AHLI UMNO DAPAT BERIKAN SOKONGAN DAN UNDI PADA TOK ALI PADA PEMILIHAN PADA KALI INI!!!

JPX


KUALA LUMPUR 4 Ogos - Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam memberi isyarat jelas yang beliau hampir pasti akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

Walaupun berulang kali mengelak untuk mengesahkan perkara itu, beliau menyokong jawatan Presiden serta Timbalan Presiden yang kini disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dipertandingkan.

Beliau yang ditemui di sini hari ini turut mengesahkan sudah banyak bahagian UMNO yang menyatakan sokongan terbuka kepada beliau untuk bertanding jawatan Naib Presiden termasuk terbaru daripada UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.

Terdahulu beliau merasmikan majlis sumbangan Ramadan kepada 500 anak yatim, warga tua dan golongan kurang bernasib baik anjuran Wanita UMNO Cawangan Kampung Seri Hujung, Bahagian Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Dalam pada itu, ditanya apakah perubahan pada sistem pemilihan kali ini yang membenarkan 150,000 perwakilan mengundi memberi kelebihan kepadanya, Mohd. Ali berkata, semua pihak mempunyai peluang yang sama.

Kepada soalan apa yang akan diperjuangkan jika terpilih sebagai salah seorang Naib Presiden pula, Mohd. Ali menegaskan, beliau akan mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Islam yang kini dicabuli pihak tertentu.

"Sekarang ini banyak pihak cuba rampas hak orang Melayu dan Islam yang kita semua telah persetujui semasa mula-mula menuntut kemerdekaan dulu. Mereka ini hendak ubah Perlembagaan negara dan nak tulis semula undang-undang," katanya. - UTUSAN

3 comments:

Anonymous said...

Mana ada klas. Challenge lah sama itu Najib. Baru ada uuumph.

Anonymous said...

Bagi aku tak steady lg. Aku cabar jadi calon presiden UMNO. Najib harus turun, tok ali akan dpt sokongan aku, x kira siapa lg yg cabar jawatan presiden umno. Aku bersedia londehkan najib pau nanti free of charge.

shahrulmuazam said...

X da org lain ke nk bertanding... muka sama je..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa