Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, August 01, 2013

LELAKI PAKAI BAJU MELAYU BERGAMBAR DENGAN ANJING


SEJAK kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis mughalazzah iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih.

Antara alasan-alasan yang mereka beri:

1) Tidak terdapat dalam al-Quran yang menyatakan orang Islam tidak boleh membela anjing.

2) Rasullullah SAW tidak pernah mengharamkan orang Islam membela anjing.

3) Anjing juga seperti haiwan-haiwan yang lain adalah makhluk Allah.

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

3 comments:

Anonymous said...

Saya tak mahu nak komen banyak2. Cuma saya nak tambah ayat berikut :

1. Giatkan lagi permusuhan Sunni Syiah.
2. Besarkan lagi perbedaan fahaman Sunni Syiah.
3. Giatkan lagi permusuhan Umno Pas.
4. Giatkan lagi perbedaan ideologi Umno Pas.

Insyallah. Sama2 lah kita berdoa kehadarat Illahi agar agama Islam satu hari nanti akan setaraf dengan agama Kristian, agama Buddha dan agama Hindu di bumi bernama Malaysia ini.

Mat Kedah

Anonymous said...

Kenapa dia sengaja pakai Baju Melayu, macam si betina-gila-anjing yang hina Aidilfitri itu? Saya syak dia ini bukan Islam kerana ramai orang Filipina atau Indonesia muka macam orang Melayu - tapi Kristian atau dah masuk Kristian. Bahkan di Barat pun, jarang jumpa orang Islam, walau kebaratan, bela atau pegang anjing!

Serangan berterusan terhadap Islam ini, saya syak PERANCANGAN halus puak Kristian Zionis DAPBIAWAK/PKR untuk MENGELIRUKAN dan MENJATUHKAN akidah anak-anak muda Islam!

MAKCIK Tempurung – PERTAHAN Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Anonymous said...

mat kedah budget best hang ketua syiah kedah ka..sunni tak pernah memusuhi syiah..syiah yang menjadikan sunni sasaran mereka sebab berbeza akidah..UMNO tak pernah bermusuh dengan PAS malah penah duduk dalam perikatan..PAS yang tarik diri..ideologi sama cuma versi PAS yang diragui kehalalannya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa