Sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung di KM3 ketika menuruni Genting Highlands petang ini.
Setakat ini tiada laporan mengenai nasib penumpang bas persiaran terbabit.
Pegawai unit kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Mohd Shukri Mohd Noor memberitahu Malaysiakini, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.22 petang.
Katanya, anggota balai bomba tersebut berggegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya belum mempunyai maklumat lanjut berhubung kemalangan tersebut.
Sementara itu, menurut Associated Press (AP), 30 penumpang berada di atas bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.
AP juga memetik anggota Bomba dan Penyelamat sebagai berkata pekerja penyelamat cuba turun ke tempat bas tersebut yang menjunam 30 meter ke dalam gaung.
Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.
Sent from my iPhone
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna
-
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna Pengumuman U Mobile dianugerahkan sebagai
pembekal...
9 hours ago
1 comment:
Heboh sebab kemalangan dan ramai yg mati lepas tu akan sejuk Bab air batu..itulah sikap kerajaan dan rakyat malaysia, betul jugak kata tun M Melayu mudah lupa..
Post a Comment