Sebelum ini, institusi DiRaja sering menjadi mangsa serangan puak-puak DAP. Bermula dari Pengerusinya, Karpal Singh, hinggalah pasukan propaganda terlatih parti itu, Red Bean Army, selalu mencetus kontroversi dan seolah-olah sengaja “cari gaduh” dengan sistem beraja di Malaysia.
Sudah banyak laporan polis dibuat terhadap puak DAP yang menghina dan membuat provokasi melampau terhadap DYMM Sultan, Raja-Raja Melayu dan Yang DiPertuan Agong. Tindakan biadap dan kurang ajar itu sering mencabar kesabaran umat Islam dan bangsa Melayu di negara kita.
Ada di antara mereka yang disabitkan kesalahan dan dihukum, tapi ada juga yang terlepas. Kebanyakkannya terlepaslah. Maklumlah, peguam-peguam DAP memang terkenal dengan helah teknikal yang mewajarkan tuntutan keadilan gagal dilaksanakan pada mereka…
Namun apa yang mengejutkan saya ialah tentang seorang blogger PAS yang dikenali sebagai “ustaz” Wan Ji Al-Bakistani, yang bukan saja menghina institusi DiRaja di Malaysia, malah kenyataannya yang disiarkan di laman Youtube itu jelas menunjukkan dia memerangi sistem beraja di negara kita.
Wan Ji mungkin tidak mengangkat senjata atau menyerang secara terbuka seperti komunis dan kumpulan Panji Hitam dari Empayar Langkasuka Nusantara. Tapi perang Wan Ji terhadap institusi DiRaja kita merupakan perang saraf yang mampu menjejaskan kedaulatan institusi itu.
Ia ibarat “api dalam sekam”, kalau dibiarkan, habis terbakar semuanya. Elok kalau api itu dipadam segera ke dalam penjara atau dinyahkan saja dari bumi berdaulat ini. Dasar penderhaka tidak wajar dibiar bermaharajalela!
Kalau ditonton rakaman klip video yang dimuatkan itu, Wan Ji merancang untuk merepublikkan Malaysia pada tahun 2030. Tak kiralah apa alasannya untuk menafikan kenyataannya itu, tapi yang jelas, rakaman tersebut membuktikan dia bermotif untuk menghapuskan institusi Diraja di Malaysia.
“Fiqh Tawaqqu”? Cuma contoh perancangan? Alasan tersebut langsung tidak masuk akal dan tidak relevan sama sekali untuk diterima. Apa yang tersiar, jelas dia memerangi DYMM Sultan dan Raja-Raja Melayu di Malaysia.
Tak payahlah Wan Ji berdolak-dalik, “sekilas ikan di air, sudah kenal jantan betinanya”…
Saya tidak hairan jika DAP mahu hapuskan sistem monarki di negara kita. DAP memang begitu. Mereka memang tidak suka pada institusi DiRaja memandangkan institusi itulah yang menjamin kedudukan Islam, Melayu dan Tanah Melayu di bumi bertuah ini.
Sebagai sebuah parti yang bertunjangkan PAP, sudah tentu DAP mempunyai agenda untuk mencontohi parti “kembar” mereka di Singapura. Jika Singapura boleh “direpublikkan” Lee Kuan Yew, mengapa pula “Dinasti Lim” tidak boleh berbuat demikian?
Yang peliknya, kini puak PAS pula turut bersekongkol dengan ideologi yang sama! Sejak bila PAS berani berkurang ajar dengan Sultan dan Raja-Raja Melayu? Sejak berkawan dengan DAP?
Mungkin PAS jadi begitu sejak berkawan dengan DAP. Sejak berkawan dengan “adik kesayangan” PAP itu, Nizar Jamaluddin berani berseteru dengan DYMM Sultan Perak dengan “sembah derhaka”nya.
Merujuk pada ideologi dan “game” Wan Ji itu, saya tertanya-tanya apakah DAP sudah berjaya “mentarbiyah” PAS supaya akur serta taat pada ideologi perjuangan mereka? Sampai tergamak melancarkan “perang” menghapuskan institusi DiRaja?
Kalau di zaman Hang Tuah, saya yakin umur Wan Ji akan “ditamatkan” di hujung mata keris. Kalau habis “ihsan” sekalipun, sudah tentu Wan Ji tidak akan dibenarkan memijak bumi bertuah ini atau dia akan muntah darah ditulah kedaulatan Sultan…
Dimanakah Wan Ji letakkan kedudukan Rukunegara yang ke-2, “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”? Jika seorang muslim tidak menunaikan rukun Islam, maka dia boleh dikatakan tidak sempurna Islamnya.
Bagaimana pula dengan seorang warganegara Malaysia yang tidak akur pada rukun negara? Wajarkah dia dianggap berstatus warganegara? Atau Wan Ji lebih layak digelar “penderhaka”?
Pada saya, pihak berkuasa tidak boleh memandang remeh tentang isu ini. Sesiapa saja yang bertindak membuat provokasi melampau perlu diambil tindakan sewajarnya. Apatah lagi individu yang memerangi institusi DiRaja seperti Wan Ji.
Kalau tidak ada akta yang boleh disabitkan kesalahan, ia boleh digubal secepat mungkin. Di zaman pembangkang serba kurang ajar begini, puak-puak biadap itu bukannya boleh diberi muka! Lebih baik dikekang sebelum ada yang mati kena tikam keris, kan?--MYKMU
1 comment:
TOTOK PAS seperti Wan Ji hanya menjadi PENCACAI DAPigs dan Zionis yg akan berbuat apa sahaja pusing apa jua demi CITA-CITA KESUMAT.
TOTOK PAS hanya berjuang menentang konsert KONONNYA mempertahankan syiar Islam dan menentang taghut.
Tapi BERDIAM DIRI bila Mustafa Ali Spender Putih bergenjut di bilik hotel guna wang kutipan derma ceramah PAS...
FATWA PAS:
1. Mustafa Ali berzina hukumnya halal sebab dia ahli PAS.
2. Anwar Ibrahim berzina dan meliwat juga hukumnya halal sebab Anwar menentang UMNO. Jika Anwar berzina dan meliwat semasa menjadi ahli UMNO maka hukumnya haram.
Kesian Nik Aziz...di akhir usia masih tercari-cari makna halal dan haram.... tak kenal jalan pulang..
Kesian...
Post a Comment