Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, July 22, 2013

PRK KUALA BESUT BUKTIKAN PAS ADALAH PELACUR POLITIK SEJATI!!!

ADA HATI NAK MAJU TAPI MINTAK SEDEKAH PADA RAKYAT!!!

Pengundi-pengundi di Kuala Besut perlu mengelak terjebak kempen reverse psikologi pembangkang yang cuma bermodal mulut dan air liur sahaja.

Mustahil PAS tidak mahu kerusi Menteri Besar seperti kata Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya rakyat Terengganu memilih PAS dan menjadikan kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seri 16:16 dengan BN.

“Mudah saja mereka kata kempen 16:16 tak bawa apa-apa makna sedangkan PAS mahu satu kerusi tambahan lagi di Kuala Besut. Kalau mereka dapat kerajaan negeri akan tergantung serta ketidakstabilan politik di Terengganu,”.

“Sebab itu pengundi Besut penting dalam tentukan masa depan Terengganu. Kalau (DUN)  tergantung tak boleh bentuk kerajaan. Saya harap rakyat di sini jangan terjebak kempen-kempen reverse psikologi pembangkang di sini,” kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi.

Beliau menasihatkan pengundi-pengundi bahawa kempen sedemikian adalah perangkap PAS dan hanya dengan mengundi BN, pembangunan yang diumumkan kerajaan dapat berjalan lancar.           


kb-zahid1ccxx

Dalam pada itu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyindir PAS yang bersikap ‘lembu punya susu, sapi dapat nama,”.

Ini kerana PAS mendakwa hampir pengumuman 10 projek pelbagai bantuan kerajaan untuk kepentingan rakyat Kuala Besut merupakan hasil daripada pelbagai pendedahan yang diketengahkan mereka.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata sepanjang pilihan raya kecil ini kerajaan mengumumkan projek-projek membabitkan peruntukan melebihi RM377 juta termasuk projek mendalamkan muara Sungai Besut bernilai RM250 juta.

Selain itu kerajaan juga mengumumkan projek menaiktaraf empangan rendah bernilai RM35 juta di Kampung Nangka untuk kepentingan petani.

“Memang semua projek seluruh negara kerana PAS, DAP dan PKR yang minta. Itulah, kerajaan BN cukup baik hati kerana atas permintaan pembangkang semua projek dilakukan,” sindirnya.

kb-hattaxx

Zahid menempelak pembangkang yang mahu menggambarkan seolah-olah kerajaan BN macam tiada pandangan terhadap pembangunan rakyat dan hanya bagi apa pembangkang cakap.

Katanya, kerajaan sentiasa keperihatinan tinggi terhadap keperluan rakyat dan akan memenuhinya tanpa mengira pandangan itu dari akar umbo atau kerajaan.

Mengulas PRK Kuala Besut, Zahid berkata, ini adalah pilihanraya kecil paling aman selepas 10 hari berkempen.

Beliau berharap suasana itu dikekalkan parti yang bertanding walaupun 2,700 pegawai dan anggota polis turut membantu kelancaran serta keselamatan sepanjang tempoh PRK.--AD

1 comment:

Anonymous said...

Orang tak malu je boleh cakap macam tu lepas tu berlagak bangga.

Apalah punya PAS ni.

Selama-lamanya mentaliti pembangkang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa