Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, July 14, 2013

LELAKI MELAYU MATI DIPUKUL AKIBAT DENDAM

LUNDU 14 Julai - Seorang lelaki maut dipercayai akibat dipukul bertubi-tubi dengan kayu oleh sekumpulan lelaki dalam satu pergaduhan di Kampung Selengok, Sampadi dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.10 tengah hari ini, mangsa, Mohd. Azwandy Abdullah, 41, meninggal dunia selepas cedera parah di belakang kepala dan muka.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan pernah berperang mulut dalam keadaan mabuk dengan sekumpulan lelaki pada minggu lalu.

Kemuncak pergaduhan mereka hari ini berlaku apabila sekumpulan 10 lelaki datang mencari mangsa untuk membalas dendam.

Mereka mengepung mangsa dan memukulnya tanpa belas kasihan sehingga pengsan sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wong Chee Keong memberitahu, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Lundu.

"Setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan polis masih memburu kumpulan suspek tersebut yang dipercayai bersembunyi di sekitar daerah ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Chee Keong, kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - UTUSAN ONLINE

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa