Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, June 24, 2013

TERKINI DARI PARLIMEN:ANWAR IBRAHIM BUAT KACAU DAN MERACAU DALAM DEWAN!!!


Pakatan Rakyat hari ini mencetuskan kekecohan apabila mencadangkan bekas Hakim Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai calon Speaker Dewan Rakyat. Cadangan di bawa oleh Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim dan disokong oleh Jelutong (Karpal Singh).

Sebelum itu, Barisan Nasional melalui Pekan (Dato Sri Mohd Najib Tun Razak) mencadangkan nama Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai speaker Dewan dan disokong oleh Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

Pakatan memohon diadakan undian sulit. Setiausaha Dewan  maklumkan oleh kerana terdapat dua pencalonan maka undian sulit akan dilakukan seperti mana terdapat dalam peraturan dewan. Semua Ahli Parlimen diminta menulis nama yang disokong di dalam kertas undi dan menandatangani borang pengesahan pengundian.

Bagaimanapun Pakatan masih membuat kecoh mahukan kertas undi tiada nombor siri biarpun Setiausaha Dewan menyatakan ia merupakan prosedur pengundian bagi mengelak penipuan kertas undi. Beberapa ahli Parlimen kaki gaduh Pakatan seperti Mahfuz mula membuat kecoh sehingga mikrofon dimatikan oleh Setiausaha Dewan.-- SUMBER

Ketika ini proses pengundian dijalankan.

3 comments:

Anonymous said...

so yb mahfuz...when are going to have launch with tan sri speaker?

Anonymous said...

Beruk-beruk politik terlepas kandang.

usin said...

mahpos bodoh memang kerja dia cetuskan hal. dah takde kerja agaknya atau dah lama tak kerja. siot la lu mahpos...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa