Muar telah diisytihar darurat pagi ini selepas Indeks Pencemar Udara (IPU) berada pada tahap setinggi 750 sementara dua bandar di Melaka dicatatkan pada bacaan 300.
Bacaan IPU tertinggi di Malaysia adalah di Sarawak pada 1997 dengan bacaan 860.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel berkata hari ini kedaan jerebu di tiga bandar telah mencapai tahap berbahaya.
Dua lagi bandar adalah Bukit Rambai pada 357 dan Bandaraya Melaka pada 364.
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Halimah Hassan pagi ini telah meminta pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengisytiharkan darurat di Muar hari ini.
MKN dijangka akan mengeluarkan arahan kepada penduduk untuk tinggal dalam rumah dan mengarahkan sekolah di beberapa negeri terus ditutup.
Palanivel juga berkata, MKN akan mengadakan pembenihan awam serta merta untuk memastikan hujan membersihkan asap yang datang melalui Selat Melaka itu.
Bacaan IPU di bandar-bandar terpilih setakat pukul 8.00 pagi tadi adalah Pasir Gudang [123], Kemaman [140], Kelang [189], Balok Baru, Kuantan [137], Petaling Jaya [111], Johor Bahru [114], Shah Alam [104], Port Dickson[168], Kota Tinggi [137] dan Banting[110]. - June 23, 2013.
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment