Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, June 24, 2013

SAM KETOT DEDAH KEMALUAN DIRI SENDIRI!!!


LANGSUNG TAK GENTLEMAN...
KEJAP CAKAP LAIN...
INI DAH CAKAP LAIN...
CAKAP DIA LANGSUNG TAK BOLEH PERCAYA...
APA MACAM ORANG BOLEH ANGKAT PEMBOHONG JADI PEMIMPIN NI???
KALAU SPR TAK ADIL APA BARANG ANGKAT SUMPAH???
MANA KAU PUNYA PULAU???
MANA KAU PUNYA  BOIKOT???
CAKAP TAK SERUPA BIKIN...
PENDAK BEBAL KESARUK SYAITAN...
LIDAH BERCABANG-CABANG!!!

JPX

KUALA LUMPUR: Pembangkang akhirnya mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 apabila hadir bersama bagi mengangkat sumpah di hadapan Yang DiPertua Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin berkata pembangkang terpaksa akur tetapi menjelaskan ini tidak bermakna mereka tidak akan membuat bantahan lanjut.

"Ini soal tanggungjawab (menghadiri angkat sumpah) hari ini sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan dan juga di dalam Peruntukan Dewan, tetapi dia tidak menghalang mana-mana pihak untuk menyatakan bantahan selepas ini.

"Sekarang pendekatan bukan sahaja mahu memenangi pandangan suara rakyat tetapi juga menggunakan mahkamah, jadi kita sudah failkan kes dan saksikan bagaimana hakim-hakim membuat keputusan dan terus membantah," katanya kepada pemberita.

Shamsul yang juga adalah Ketua Pemuda AMK sebelum itu menghadiri sesi upacara Angkat Sumpah bagi mengesahkan menjadi Anggota Parlimen selepas menang di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Anggota Parlimen pembangkang, khususnya dari PKR sebelum ini mengugut mahu memulaukan sesi angkat sumpah pada hari ini. Sekutunya, DAP dan PAS pula sekadar mahu memulaukan sesi taklimat penerangan parlimen yang diadakan sebelum ini.

Bagaimanapun hari ini, semua pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anggota parlimen PKR yang lain membuat pusingan 'U' apabila hadir pada sesi angkat sumpah.

Kehadiran mereka sekaligus dilihat mengiktiraf kemenangan BN bagi terus menerajui Putrajaya.

Seramai 222 Anggota Parlimen hadir tadi pada majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat.

Daripada jumlah itu, seramai 133 adalah ahli parlimen BN sementara 89 adalah dari Pakatan Rakyat.

1 comment:

Anak Lenggong said...

Sibadut dan lain pemimpin PR cuma takutkan kehilangan elaun sebagai wakil rakyat je..tetapi tengok la nanti segala pemasalahan rakyat mereka tak ambil tau sebab mereka akan sibuk dok keliling disetiap elosok negara untuk berpolitik dan berceramah membuabuat fitnah dan pembohongan disepanjang masa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa