Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, June 03, 2013

GEMPAR PAGI ISNIN:ANWAR IBRAHIM UMUM PERSARAAN DARI POLITIK!!!


Sejak dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri 15 tahun dahulu, Anwar tidak pernah berhenti berkempen untuk dirinya.

Selama 15 tahun, Anwar telah ke seluruh dunia dan ke seluruh pelusuk kampung berceramah untuk menarik sokongan rakyat.  Selama itu juga media-media antarabangsa memberi liputan kepadanya, sekali gus membantu kempennya.

Namun, setelah 4 pilihanraya berlalu, Anwar masih lagi ‘bakal Perdana Menteri Malaysia’.  Dan sudah dua kali 16 September berlalu sejak beliau ‘hampir menjadi PM’, tetapi Anwar masih lagi berada di pihak pembangkang.

Lebih malang baginya ialah bukan sahaja sokongan terhadap partinya merosot iaitu dari 31 menjadi 30 kerusi tetapi majoriti undi terhadapnya juga merosot teruk walaupun tandingannya Dr. Mazlan b. Ismail bukanlah tokoh lama dalam politik.

Dr. Mazlan telah berjaya mengurangkan majoriti Anwar sehingga hampir 4,000.  Dalam PRU-12 Anwar mendapat majoriti 15,671 tetapi kali ini hanya mendapat majoriti sebanyak 11,721 sahaja.

Kemerosotan sokongan tentunya merupakan tamparan hebat kepada seorang politikus tegar seperti Anwar.  Apatah lagi yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.   Dengan keputusan yang memalukan itu, Anwar seharusnya melepaskan jawatan Ketua Pembangkang sebagaimana seorang pemimpin yang bermaruah.

Namun, kita tahu bahawa ‘maruah’ sama sekali tidak ada dalam kamus hidup Anwar.  Anwar mungkin mempunyai ‘ego’, tetapi bukan ‘maruah’.

Malah, walaupun kekalahannya adalah jelas, Anwar tidak segan silu menerajui protes keputusan pilihanraya dengan berdegil menyatakan bahawa partinya telah menang dari segi populariti.

Sedangkan, kemenangan populariti langsung tidak relevan dalam sebuah pilihanraya kerana undian dibuat oleh rakyat bukan sahaja atas faktor parti tetapi juga calon.

Undian populariti hanya relevan dalam pertandingan bagi menentukan satu faktor sahaja seperti bakal Perdana Menteri.  Bagaimanapun, Anwar terus menggunakan hujah ini bagi menjustifikasi bantahannya.

Bagi seorang yang popularitinya sendiri telah merosot di tempat sendiri, Anwar seharusnya berfikir dua kali sebelum membawa hujah ini.    Ini kerana jika mengikut undi terhadap dirinya sendiri, sudah jelas bahawa Anwar tidak popular lagi, begitu juga dengan partinya.

Malah, media antarabangsa yang sebelum ini memujinya juga sudah mula sinis terhadapnya.

Dalam dua tiga hari sebelum dan selepas pilihanraya, media barat pantas menyedari perwatakan Anwar yang penuh dengan ‘lakonan’ sehinggakan Financial Times menggambarkannya sebagai penghibur kelab malam.

Seorang wartawan lain, Nile Bowie pula mendedahkan strategi politik Anwar yang dirujuknya sebagai ‘mempolitikkan penipuan’ kerana terlebih dahulu menuduh SPR tidak telus dan menggerakkan protes, lama sebelum pilihanraya berlangsung lagi.

Nampaknya sebagai ‘penghibur’ juga Anwar tidak popular kerana tidak mampu menarik hati wartawan barat itu.  Justeru, sebagai pemimpin tentulah jauh lebih tidak layak lagi.

Namun, menjangkakan Anwar akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang tentulah merupakan sesuatu yang mustahil.  Sedangkan jika mengikut populariti, jawatan tersebut perlu diserah kepada DAP yang memenangi sehingga 38 kerusi iaitu satu peningkatan yang banyak dari 28 kerusi dalam PRU-12.

Oleh itu, sebelum Anwar mengerahkan penyokongnya memprotes di jalanraya, beliau harus terlebih dahulu menyerahkan jawatan Ketua Pembangkang kepada DAP.  Apa gunanya berhujah atas alasan populariti jika tidak berani bertindak berdasarkan hujahnya sendiri?

Anti Pemimpin Sesumpah

5 comments:

Anonymous said...

tak ramai ahli politik mampu melakukan kerja-kerja kesenimanan . Ini adalah contoh seniman-ahli politik one man show terbaik : pelawak , pelakon , pelukis , penulis skrip , pengarah dan produser , tukang gambar , tukang promosi dan pemamir dan penonton dan pemberi dan penerima anugerah sendiri .

Anonymous said...

tak ramai ahli politik mampu melakukan kerja-kerja kesenimanan . Ini adalah contoh seniman-ahli politik one man show terbaik : pelawak , pelakon , pelukis , penulis skrip , pengarah dan produser , tukang gambar , tukang promosi dan pemamir dan penonton dan pemberi dan penerima anugerah sendiri .

Anonymous said...

dia kata macam mana Pahang boleh kalah pasal menang 2-1 dgn Johor malam tu?..penonton Pahang pun lebeh ramai kata BABI..my Brother who is soo very stupid idiot..This bugger designed the PM's residence when Putrajaya was built on the assumption he would be PM one day..thats why theres so many nooks and corners and small rooms and hidden bedrooms in the PMs hse..ha ha ha The BABI I know..the brother I know have a wild small brother indeed

Anonymous said...

SIGILA NI BILA NAK BERSARA. OTAK PUN DAH SAKIT BANYAK2. ELOK2 LAH SKET JGN DOK TIPU RAKYAT YANG TAK BERDOSA. CUKUP2 SUDAH DOK TIPU RAKYAT MERATA-RATA ORG. KEBANYAKKAN ORG DAH TAU YG SIGILA&KELUARGA NI MMG PENIPU KUAT. SIBUK BERDEMO YG KAYA DIA RAKYAT PULA YG SENGSARA. JGN MEMBOHONG BANYAK SANGAT ORG DAH MUAK TGK LAKONAN DEMI LAKONAN SEJAK 15 TAHUN DULU SKRIPNYA SAMA JE. CUMA ORG BODOH JE PERCAYA DKT HANG.

Anonymous said...

Seniman terbail dalam PENIPUAN...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa