Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, June 07, 2013

APA LAGI UMNO MAHU???


DALAM sibuk-sibuk kita persoalkan cina nak apa dalam pilihanraya umum ke-14 akan datang, penulis perasan di sana sini pun orang UMNO macam ada yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran sekarang.  Ini dapat dilihat dari tindakan kelompok-kelompok tertentu dalam parti yang cuba memecah belahkan UMNO dengan menghasut supaya diadakan pemilihan peringkat tertinggi parti.

Penulis sendiri tak nampak apa keperluannya mengadakan pemilihan di peringkat tertinggi parti UMNO di kala UMNO berjaya meningkatkan prestasi, termasuk mengambil alih Kedah semula dalam pilihanraya umum yang lepas.

Rata-rata penulis lihat, membandingkan jumlah kerusi yang berjaya dimenangi BN dalam pilihanraya umum yang lepas, dimana menurut mereka merosot dari pencapaian pada 2008.  Yang mereka terlupa nak lihat ialah, perbandingan prestasi BN pada 2004 dibanding dengan 2008.

Pada 2004, BN menang 198 kerusi parlimen dari 212 kerusi dan hanya kekurangan 1 negeri (Kelantan).  Sementara pada 2008, kerusi BN merosot kepada 140 kerusi dari 222 kerusi parlimen, termasuk kehilangan tambahan 4 negeri lagi.

UMNO sahaja pada waktu itu (2008) kehilangan 30 kerusi parlimen, daripada 109 kepada hanya 79 kerusi.

Justeru, dimana yang dikatakan prestasi UMNO dibawah pimpinan Najib kali ini merosot sehingga perlu ada perubahan di peringkat tertinggi bila mana jumlah kerusi parlimen UMNO sahaja kurang 1 berbanding jumlah keseluruhan kerusi Parlimen pembangkang?

MCA dan Gerakan yang jelas lebih teruk pencapaiannya itu pun, tidak begitu kecoh untuk menukar pemimpin masing-masing, begitu juga dengan pembangkang, pun begitu juga.  Anwar gagal buat kesekian kalinya untuk menawan Putrajaya, malah jumlah kerusi partinya sendiri, PKR berkurangan berbanding 2008 pun, tidak ada desakan supaya dia berundur.

Seharusnya dalam keadaan sekarang, semua ahli UMNO dan pemimpinnya mengukuhkan lagi parti keramat orang Melayu ini agar UMNO terus kekal relevan sebagai parti utama yang memimpin Barisan Nasional dalam mendepani cabaran-cabaran di masa hadapan.

Bukan memecah belahkan parti ini supaya orang Melayu bertambah lemah dan orang asing berjaya mengambil alih negara ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa