Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, June 03, 2013

ANWAR IBRAHIM MUNTAH DARAH ANGKARA ORANG AUSTRALIA!!!???


Kenyataan ini sudah pasti buat Datuk Seri Anwar Ibrahim 'panas hati'. Ini berikutan Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr menyifatkan PRU13 di Malaysia pada 5 Mei lepas, mempunyai kredibiliti dan dipercayai.

Menjawab soalan Editor Luar Negara akhbar The Australian, Greg Sheridan, di stesen televisyen "Sky" mengenai kredibiliti Malaysia, Ahad, Carr berkata: "Nah... mereka pasti adalah kerajaan yang berwibawa.

''Saya menelefon rakan sejawat Anifah Aman (Datuk Seri) pada Jumaat untuk mengucapkan tahniah serta mengatakan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau pada Sidang Kemuncak Asia Timur di Brunei dan juga forum lain,'' katanya.

Carr mengulangi matlamat kerajaan Australia supaya tidak campur tangan dalam urusan politik domestik di Malaysia.

Sheridan mengingatkan Carr terhadap banyak 'komen histeria' mengenai PRU-13 di Australia,  daripada Senator Nick Xenophon bahawa Malaysia adalah diktator dan Anwar Ibrahim (Datuk Seri) adalah Nelson Mandela di Asia Tenggara, Carr berkata:

''Ia adalah pilihan raya Malaysia. Seperti yang saya nyatakan di Senat semasa menjawab soalan Xenophon bahawa kita bukan suruhan jaya pilihan raya untuk Malaysia.

''Kita tidak boleh membuat keputusan mengenai keadilan atau ketidakadilan dan kita bukan mahkamah pertikaian yang menentukan sama ada seseorang dengan dakwat calit di jari selepas mengundi mampu membuang undi lain atau tidak... kita tidak boleh masuk campur ke dalam perkara-perkara seperti itu,'' katanya.

Carr berkata, ia adalah pilihan raya Malaysia yang dijalankan di bawah peraturan berbeza daripada pemahaman rakyat Australia.

''Tetapi kerajaan (Australia) - kita tidak boleh masuk campur dalam urusan hal ehwal dalaman negara yang mana kita menikmati hubungan mesra,'' katanya.

Menteri Luar itu berkata, rakyat Malaysia sendiri akan membuat penentuan pada masa depan mengenai kaedah dan peraturan pilihan raya mereka dan Australia tidak mempunyai peranan dalam soal itu.-2/6/2013

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa