Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, May 29, 2013

TERKINI:TOK ALI DILANTIK SEBAGAI SETIAUSAHA AGONG UMNO, TAPI....



Aku tak terperanjat sangat bila ada blogger dah mula menaip dengan laju di laman blog mereka mula korek keburukan lampau seseorang pemimpin UMNO. Dengan tempoh pemilihan parti UMNO yang kini sudah hampir, aktiviti pembunuhan keraktor ini semakin galak dan berluasa. 

Blogger ini sudah mula menjalankan kegiatan pembunuhan keraktor yang aku anggap sebagai misi mereka dalam memastikan nama boss mereka terus harum dan dipermudahkan untuk capai jawatan yang dihajat.

Rafi Awang Kecik bukan nama asing dalam dunia blogging. Sebagai seorang presiden sebuah pertubuhan yang mengumpulkan blogger yang tersohor penulisan beliau tentu sahaja akan mendapat perhatian pembaca terutamanya dari pengamal media baru.

Dalam satu entri terbarunya di blog miliknya >>>di sini<<<, beliau secara terbuka dan lantang mengecam tindakan kononnya ada gerakan kumpulan yang cuba melobi nama Tok Ali, bekas Ketua Menteri Melaka untuk dijadikan Setiausaha Agong UMNO.

Alasan utama beliau dalam penulisannya itu adalah MORAL Tok Ali yang pernah disabitkan kesalahan politik wang hingga beliau tidak dapat bertanding jawatan Timbalan presiden umno pada sesi pemilihan yang lalu.

Abang Rafi juga mengimbau sejarah Tok Ali ketika beliau menjawat jawatan Pengerusi Biro Latihan UMNO satu ketika dulu. Cerita dan sejarah negetif dibangkitkan semula seakan mahu membangkitkan kebencian ahli parti terhadap Tok Ali

Tapi jika kita ambil itu sebagai alasan utama Rafi menyatakan penolakan beliau kepada Tok Ali untuk menjawat Setiausaha Agong,  maka Abang Rafi juga  patutnya perlu segera membuat sedikit kaji selidik tentang nama nama pemegang jawatan tertinggi yang sedang berkhdimat dalam UMNO.

Abang Rafi perlu selidik sedalamnya apakah semua pemegang jawatan dalam UMNO bersih rekodnya, buat kerja cemerlang dan tiada cacat celanya.

Bagaimana pula dengan beberapa nama yang juga pernah mengalami nasib sama seperti Tok Ali yang kini sedang menjawat jawatan tertinggi dalam UMNO? Adakah mereka ini bersih rekodnya dan tidak terlibat dalam politik wang?

Ada juga yang menjadi Pengerusi itu dan ini walaupun telah juga pernah disabitkan salah atas kesalahan politik wang. Betul tak?

Kenapa pula hanya Tok Ali sahaja yang difokuskan dan tidak dilibatkan sekali individu ini?

Bagaimana pula dengan puluhan nama lain yang sekarang sudah rancak pasang ancak di seluruh semenanjung mempromosi diri untuk jawatan tertinggi dalam UMNO?

Penulisan Abang Rafi yang fokus kepada Tok Ali juga boleh aku katakan sebagai satu serangan awal untuk memastikan nyawa politiknya Tok Ali yang tinggal sedikit terus dipadamkan dari arena politik Malaysia. 

Aku andaikan ada musuh politik Tok Ali nampak kebolehan Tok Ali bekerja tidak mustahil YAB Presiden parti akan menamakan beliau sebagai Setiausaha Agong. 

Ada individu yang mengidamkan jawatan Setiausaha Agung ini sudah mula rasa terancam apabila nama Tok Ali mula disebut-sebut dan rasa terancam maka gerak kerja untuk memusnahkan ancaman mula digerakan.

Jika Abang Rafi menulis hanya sekadar berdasarkan pandangan peribadi beliau, aku nak tanya pulak, juga melalui padangan peribadi beliau, siapa pula yang dia rasakan layak untuk menjawat jawatan Setiausaha Agong UMNO, jika benar Ku Nan bakal melepaskan jawatan beliau?

Orang Melaka terutamanya tentu sahaja akan gembira jika Tok Ali dilantik sebagai Setiausaha Agong UMNO, namun jika Abang Rafi rasakan Tok Ali tidak sesuai atau layak tolong namakan seorang yang layak supaya kita di Melaka ini dapat menerimanya dan menilaikan kelayakan individu tersebut untuk menjadi Setiausaha Agong UMNO.

Namun semua ini adalah hak ekslusif Presiden UMNO untuk memilih dan menentukan. Kebolehan Presiden (dengan bantuan penasihatnya) membuat pemilihan tidak boleh dipertikaikan. Biarlah siapa pun yang dipilih, sebagai ahli parti kita kena akur dan berikan sepenuh sokongan kerana dalam perjuang berparti itulah yang paling utama.

Permasalahan ini biarlah pucuk pimpinan yang tertinggi selesaikan. Tak salah juga bagi kita untuk memberikan pendapat dan cadangan. Tapi perlulah kena cara dan tertibnya.

Secara peribadi, aku rasakan tulisan Abang Rafi sedikit mengguris perasaan dan nadanya tidak boleh kami terima, terutamanya bagi kami rakyat negeri Melaka.

Jika nak cerita kebaikan Tok Ali, datang sendiri ke negeri kami ini. Masuk dari tol Ayer Keroh, ke bandar Melaka hinggalah ke sempadan Muar di Sungai Rambai keindahan, kemajuan, kemudahan dan perubahannya yang ada pada hari ini adalah cetusan idea dan usaha kerja keras Tok Ali.

Bila pemimpin besar kami ini kutuk, dihina secara terbuka ianya seakan satu pengisytiharan perang ke atas kami dan tak mungkin kami akan berdiam diri dan membiarkannya. Namun apa guna kita bersengketa sedangkan musuh mengintai sambil ketawa??? 

Allah takdirkan Tok Ali kalah dan beliau telah terima kekalahan tersebut. Kami juga akur dengan keputusan kekalahan Tok Ali. Namun untuk menerima cemuhan dan kritikan terbuka sedemikian rupa, terutamanya dari seorang yang boleh dianggap sahabat, ianya seperti mencurahkan garam ke luka yang terbuka.

Semoga Allah berikan kekuatan kepada Tok Ali dan memberikan petunjuk kepada Presiden parti kita untuk memilih siapa yang selayaknya. Jika ditakdirkan Tok Ali terpilih janganlah cerita ini diusung ke sana ke sini kerana itu adalah pilihan Presiden maka wajar kita hormati.

Kami juga berharap agar Abang Rafi dapat berlaku adil dalam penulisan dan jangan terlalu menyerang kepada mereka yang belom sahih jawatanya. Pandanglah dengan skop yang lebih luas dan perhatikan mereka yang sedia ada di depan mata.

Kalau nak cari salah orang memang mudah. Kuman seberang laut pun nampak kan. Tak perlulah kita blogger yang mengaku pro UMNO ni telanjangkan pemimpin kita sendiri. Banyak lagi musuh hakiki kita di luar sana yang perlu diserang dan ditelanjangkan kejahatan mereka.

Hentikanlah perkara yang boleh membesarkan jurang perbezaan dan segera kita cari persamaan dalam persediaan kita menghadapi PRU 14.

Kepada Allah kita berserah!!!

JPX

14 comments:

Generasi Pejuang Bangsa said...

GPB sokong kenyataan bro JP ..Tok Ali adalah pemimpin yang sesuai untuk dilantik S/U UMNO ..

Anonymous said...

Biasa la beb, dh nama pun melayu, penyakit batu api, iri ati, hasad dengki mmg dilahirkan brsama.

Anonymous said...

Aku sokong KJ jadi SU UMNO sebab dia suci dan bersih tak pernah lakukan rasuah lepas tu cemerlang dalam kepimpinan dan pembangunan insan..kah kah kah

Anonymous said...

" Allah takdirkan Tok Ali kalah dan beliau telah terima kekalahan tersebut. Kami juga akur dengan keputusan kekalahan Tok Ali. Namun untuk menerima cemuhan dan kritikan terbuka sedemikian rupa, terutamanya dari seorang yang boleh dianggap sahabat, ianya seperti mencurahkan garam ke luka yang terbuka." MEMANG BENAR JP..

sudahlah tiada menteri yang dilantik dari negeri Melaka.. ini pulak nak menambahkan luka dihati kami....

Sheikh Al Jasini
Chenderawasih.


Darahtuah said...

Rafi dilihat sbgai pro UMNO. Klu itulah niat buruk Rafi thdp seorang ahli keluarga UMNO yg tlh banyak berjasa dan berkorban maka UMNO tak perlu musuh luar untuk rosakkan UMNO! Beliau tak lebih dari gunting dlm lipatan yg lbh dahulu perlu dimusnahkan
Semua ahli UMNO hendaklah bulat dan tepat menghalakan senjata ke arah musuh UMNO - dalaman atau luaran!

Anonymous said...

rafi ni kalau tak silap memang cara dia cari makan memang macam ni.
ntah siapa upah dia suruh hantam tok ali...

Anonymous said...

rafi awang kecik memang bangsat punya melayu. demi sedikit wang untuk beri anak bini dia makan sanggup dia hina tali rustam sampai macam ni sekali.

Unknown said...

UNTUK MAKLUMAN SEMUA, RAK TELAH TARIK BALIK ENTRINYA DARI LAMAN BLOG SANGGAH TOK JANGGUT.

TAPI MASIH TIADA PERMOHONAN MAAG

Anonymous said...

kalau dia mohon maaf sekali pun dah terlambat. patutnya dia guna akal dia sebelum menulis. jangan pasal duit dia sanggup tulis apa sahaja.
sampai pingat kebesaran negeri melaka pun dia nak libatkan..

Anonymous said...

sy dh baca tulisan memburukkan tok ali. pd sy jgn di tanya jasa org pd negara tp tanya dr apa js diri pd negara. pd sy tok ali byk jasa pd negara khususnya Melaka. so kalo nak berlawan lawanlah pihak lawan yg x henti menyerang. tp nape d pilih utk serang kawan sepasukan...manusia mmg pelik. ms ni nak kenal kawan atau lawan

Anonymous said...

kalau betul dia ni orang umno dan sayagngkan umno tak mungkin dia mampu tulis macam tu. inilah orang yang cari makan dengan menulis keburukan orang dan harapkan bayaran dari fitnah yang dia tulis

Anonymous said...

sedikit info yg bole share ttng RAFI AWANG KECIK
FYI...Sanggah Tok Janggut dikendali oleh RAFI AWANG KECIK, salah sorg blogers yg ada isu dgn DAR satu masa dlu yg mna cuba nk msuk utk jd cybertropers Umno Melaka.

Dlm msa yg sama, RAK ni adalah cybertroopers yg dipinggirkan oleh group UMB lama krn tamak kuasa, msa tu dia bru start main blog dan fb, sdg kan yg mula menaikkan UMB adalah group NADI RAKYAT dan group IF4T.

Nadi rakyat dipelopori oleh Azmy Awang Kelana Jaya, Afiq KL Town, Papa Gomo, Pas Beruk, Shazuein Armani dan mrk inilah yg berusaha menaikkan martabat cybertroopers umno hingga penubuhan UMB lama dibwh Dato Hishamuddin.

RAK adalah org kecewa dan tetiba dia nk jd hero tempohari dgn konon mewakilkan dirinya mgambil borang pcalonan utk Papa Gomo btanding di permatang pauh dan kemudiannya RAK yg meminta Papa Gomo utk tidak btanding, ianya telah menjejaskan kredibiliti PapaGomo dikalangan bloggers umno yg lain

Anonymous said...

Sanggah Tok Janggut ni mmg blog pro umno tapi haluan kiri. Anti establish atau tak tu tak pasti. Tapi banyak juga tulisan dia yg agak kontroversi. Harap dpt berdamai. Cukuplah cybertrooper pakatan...jgn nak tambah beban.

Anonymous said...

Blogger RAK ni memamng bongkak, sombong, macamlah dia tahu semua...negeri dia pus tak terjaga, tewas sehingga kini..nak masuk suku abad.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa