Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, May 28, 2013

ALHAMDULILAH:PAS HAMPIR PASTI KELUAR DARI PAKATAN!!!


Oleh Zul Rawi

“Sekiranya Pakatan tersebut merugikan Islam dan Melayu, Pas keluar PR! Itulah antara kata-kata yang dituturka oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang menegaskan, parti itu akan keluar dari pakatan pembangkang sekiranya kerjasama dengan PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu. 

Penegasan tersebut dibuat pada Februari lalu, di hadapan hampir 10,000 penyokong PAS yang hadir dalam Program Pas Ganti Umno Ke-7 (PGU 7.0) di Banggol Peradong, Kuala Nerus.

Jika dilihat kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang baru sahaja melabuhkan tirainya ini, PAS sewajarnya mengotakan janjinya sebelum ini dengan keluar dari pakatan pembangkang kerana ia jelas telah merugikan Melayu dan Islam di dalam parti itu. 

Kerjasama politik atau diistilahkan PAS sebagai tahalluf siyasi yang dibuat dengan PKR dan DAP jelas gagal memperkasakan Melayu dan Islam itu sendiri.

Pada 2 Mei lalu, beberapa hari sebelum PRU13, kepimpinan pusat PAS sudah meminta akar umbi yang mahu parti Islam itu keluar daripada Pakatan  boleh mengusulkan cadangan tersebut pada muktamar yang dijadualkan hujung tahun ini. 

Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib berkata, perkara itu boleh dibincangkan secara bersama dan sebarang keputusan bakal ditentukan mengikut suara majoriti ahli parti.

“Sebaik sahaja pilihan raya berakhir, kita akan menyelesaikan perkara ini. Muktamar akan diadakan selepas pilihanraya umum dan akar umbi boleh menyatakan hasrat mereka kepada kepimpinan parti. Kita akan membuat keputusan itu, tetapi bukan sekarang,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Parlimen yang ditandingi PAS adalah sebanyak 66 kerusi dan menang 23 kerusi, manakala pada pilihan raya umum 2013, jumlah yang ditandingi parti itu meningkat kepada 76 kerusi tetapi hanya mampu memenangi 21 kerusi sahaja.

Berbeza dengan Umno, jumlah kerusi yang dimenangi  pada pilihan raya 2013 adalah sebanyak 88, iaitu pertambahan sebanyak 10 kerusi daripada keputusan pilihan raya 2008. Terdapat petunjuk jelas di sini, Umno masih lagi relevan dikalangan sebahagian besar masyarakat Melayu berbanding PAS yang semakin merosot sokongan.

Kerajaan Perpaduan

Idea Abdul Hadi pada 2009 mengenai pembentukkan kerajaan perpaduan perlu dinilai semula kerana ianya dilihat mampu untuk menyelesaikan kemelut yang sedang melanda demi kebaikan rakyat dan negara.

Jika dahulu ada pihak yang berpendirian bahawa cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tidak menguntungkan PAS, tetapi kini sudah jelas terbukti kerjasama PAS dalam Pakatan juga tidak memberi sebarang manfaat kepada parti itu.

Perbincangan dan kajian mendalam perlu dibuat oleh kedua-dua parti untuk merungkai kekusutan yang berlaku dalam politik negara, lebih-lebih lagi kedudukan orang Melayu dan agama Islam yang mula dicabar dan diganggu gugat pihak tertentu. 

Kekalahan beberapa pemimpin kanan PAS seperti Salahuddin Ayub, Mohamad Sabu, Dr. Dzulkefly Ahmad yang menolak kerajaan perpaduan telah membuka satu dimensi baru dalam usaha ke arah perpaduan itu.

Malah, tindakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang tidak merestui Naib Presiden PAS, Datuk Husam Muda dilantik semula sebagai exco juga mengejutkan.

Menurut Menteri Besar Kelantan yang baru, Ahmad Yaakob berkata nama Husam telah diletakkan di tempat paling atas antara barisan pimpinan yang dipilihnya, namun telah ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah dapat dijalankan.

“Nama Husam atas sekali, yang keduanya Exco lain termasuk juga Datuk Amar (Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) dan termasuk juga Ustaz Latiff (Abdul Latiff) ini nama kita kemukakan untuk mendapat kebenaran atau pun keizinan Tuanku bagi pelantikan sebagai Exco.”Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan Ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan ambo (saya), bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut tidak boleh angkat sumpah, jadi angkatlah ambo sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang,” katanya.

Selain hilang Kedah, PAS turut kehilangan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, iaitu daripada 37 kerusi kepada 32 kerusi DUN pada pilihan raya lalu.

Perkara asas yang perlu dititikberatkan adalah keikhlasan semua pihak dan pemimpin Melayu harus buktikan mereka juga boleh duduk semeja tanpa mengira sentimen politik demi mempertahankan maruah agama dan bangsa.

Kerajaan perpaduan dilihat mampu mewujudkan satu landskap politik baru dengan pembentukan satu kerjasama yang ikhlas untuk kestabilan negara. Muzakarah diantara Umno dan PAS yang sudah lama terhenti perlu diadakan semula untuk mencapai matlamat itu.

10 comments:

Anonymous said...

Tak usahlah terhegeh-hegeh untuk menarik Pas bergabung dgn Umno.Kita serahkan kepada Allah.Jika ditakdirkan terjadinya pergabungan itu atas dasar ukhuwah islamiah maka tersangatlah elok namun untuk sekali -kali merayu-rayu dan dikatakan hidung tak mancung ,pipi pula tersorong-sorong,maka rasanya tak payahlah.Gunakan masa yg ada untuk memperkukuh gabungan Bn dan golongan atas pagar.tu lebh baik.

Anonymous said...

Itu yg terbaik sebnrnya. Aku masih lgi xdpt fikirkn logiknya PAS nk bertambah kekuatan bila bersama pakatan. Sbnrnya skrg ni dh makin ramai ahli UMNO yg dh lebih cenderung kpd agenda islam, cuma tidak dpt menerima PAS yg masih mejadikn DAP sbg sekutu. Walhal sejak dahulu mmg diketahui agenda DAP mmg jelas ..sejelas2nya, memusuhi islam. Harap PAS dpt melengkapkn kekuatan islam dan melayu pd masa skrg ni. Kalau dilihat dlm keputusan PRU13, UMNO makin meningkat penguasaan kerusi Parlimen, menunjukkn majoriti islam/melayu masih kekal bersama UMNO, cuma perlu PAS bersama2 dlm mengusahakn agenda islam.

Anonymous said...

Samaada Pas nak keluar atau terus bersama Pakatan itu mereka punya pasal,kita tak perlu ambil pusing.Dosa Pas sudah terlalu banyak pada umat Islam negara ini,mungkin lebih teruk dari dosa rasuah Umno,takanlah Umno nak bersingkokol dgn itu semua.Umno bikin rasuah tidak ada umat Islam yg terkorban kerananya seperti di Memali,Umno bikin rasuah tak ada keluarga yg berpecah belah dan saling tuduh menuduh satu sama lain sebagai kafir.Umno bikin rasuah tapi baiknya pulak ,pemimpin Umno yg mengamalkan LGBT di tendang keluar dan di hukum, anihnya pula pemimpin tersebut di bela oleh Pas dan di angkatnya sebagai ketua.Umno bikin rasuah,tapi Melayu dan Islam terus di bela.Lebih baik jangan bergabung dgn parti macam ni,sekarang yg rugi bukannya Islam,tapi Parti Pas,kerana org Islam telah mula menolak parti tersebut.

Anonymous said...

Apa diharap padi seberang,
Entah tumbuh entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Entah sungguh entah kan tidak..

Jangan lah kita mengharap dan membuka lagi cerita ini. Kalau kedua2 pihak berpegang dgn tali Allah. Sudah pasti perpaduan akan tercapai.
Tetapi penghinaan seperti akan meludah muka org yg dtg dengan cadangan begitu sgt kasar bunyi nya. Kalau begitu sikap pemimpin, sudah pasti anak buah lebih kasar lagi sikapnya. Allah kasihkan kita semua. Org tersebut sudah semakin dipinggirkan...dari jawatan dalam kerajaan negeri dan moga didalam parti juga nanti. Adanya org seperti inilah yang menghalang perpaduan melayu dan islam. Tidak menerima kekurangan insan sebagai hamba Allah dan sentiasa sombong dgn diri sendiri. Moga Allah melindungi kita semua.

Anonymous said...

SAYA SANGAT- SANGAT SETUJU SARANAN NI. KAMI MELAYU PERLU PEMBELAAN. TUMPUKAN KEPADA KAWASAN YANG BN MENANG. KAMI YG SOKONG BN

Anonymous said...

aku pun setuju..xperlu bergabung pun xpe lah..asalkan dorg kluar dari PR pun sudah cukup...aku pun x la hadap sngt org PAS ni sbb dorg ni terlalu bajet bagus n konfirm masuk syurga..plus unsur2 syiah dlm PAS semakin jelas..

Anonymous said...

Janganlah buang masa selagi Nik Aziz Nik Mat masih ada jawatan dalam PAS. Bukankah dia dah cakap akan ludah mereka yang cadang nak gabong dengan UMNO. Ulamak apa macam tu? Biarlah dia meroyan macam Anwar Ibrahim. Umur Nik Aziz pun dah 84 tahun.

Agaknya Nik Aziz tu perasan kalau dia mati nanti LIM KIT SIANG, LIM GUAN ENG, NGAH KOR MING, NGEH KOR HAM, KARPAL SINGH @ BENGGALI MURTAD akan MENGHADIAHKAN SURAH FATIHAH KEATAS ROH DIA (NIK AZIZ). Bukankah Nik Aziz PAS sedang tarbiyah kafirun dalam Pakatan Rakyat.

Aku harap, Hj Hadi dan Nik Aziz serta golongan Anwarinas macam Mat Sabu akan tersingkir selepas Muktamar PAS pada hujung tahun ini. Lepas tu baru boleh cakap nak tubuh kerajaan perpaduan Melayu(Islam) / Bumiputa. Boleh kita hidupkan semula ISA. Kasi tangkap semua Red Bean Army tajaan DAP. Mereka bukan sahaja menghina Bangsa Melayu tetapi juga menghina Islam. Hapuskan Red Bean Army dan DAP.

Anonymous said...

Bahagian pertama: PAS sedarlah!. Banyak pertubuhan Kristian Zionis yang amat bahaya, tumbuh macam cendawan di Malaysia termasuk tak berdaftar sebagai gereja (di rumah atau dewan bukan Islam), termasuk di pendalaman Borneo, juga punca utama menyebabkan ramai anak muda Cina, India dan Bumiputera bukan Islam (Orang Asli atau di Borneo) di Malaysia terpengaruh dengan sikap ekstremis benci Melayu dan Islam, melalui DAP. Bahkan Melayu dan Bumiputera Islam lain, terutamanya yang dipinggir keluarga atau mahu bebas ikut cara Barat melampau, di pujuk masuk Kristian Zionis ini . Dan DAP ini sebenarnya sekarang bukan lagi dikuasai pro-Komunis Cina tetapi pertubuhan Kristian Zionis, sebab itulah Theresa Kok contohnya sering ke Jerman di mana pertubuhan Kristian Zionis amat kuat. Ramai yang bukan Bumiputera PKR pula menyokong DAP tetapi tidak mahu terdedah sebab nak terus membodohkan penyokong Melayu/Islam PKR dan PAS, untuk menyembunyikan rahsia mereka ini sebagai Kristian Zionis.
Sila baca, Christian Zionists, Israel and the ‘ second coming’, Donald Wagner di http://www.informationclearinghouse.info/article4930.htm:

10/09/03

(Daily Star) The term Christian Zionism is of relatively recent vintage and was rarely used prior to the early 1990s. Self-proclaimed Christian Zionist organizations such as the International Christian Embassy-Jerusalem and the US-based Bridges for Peace, both with offices in Jerusalem…..Briefly stated, Christian Zionism is a movement within Protestant fundamentalism that sees the modern state of Israel as the fulfillment of Biblical prophecy and thus deserving of political, financial and religious support. Christian Zionists work closely with the Israeli government, religious and secular Jewish Zionist organizations, and are particularly empowered during periods when the more conservative Likud Party is in control of the Knesset. Both the secular and religious media place Christian Zionism in the Protestant evangelical movement, which claims upward of 100-125 million members in the US...

...Christian Zionists have been hostile toward Palestinian Christians and generally detest Muslims as evil forces worshipping another God. Recent comments by Christian Zionists such as Jerry Falwell, Pat Robertson and Franklin Graham (the son of evangelist Billy Graham) have added to the suspicion with which many Muslims view the Christian West. … Some estimate that 20-25 million American fundamentalist Christians hold these views, and the phenomenon is growing.

Donald Wagner is professor of religion and Middle Eastern studies at North Park University in Chicago and executive director of the Center for Middle Eastern Studies. He wrote this commentary, the second in a series of five on Christian Zionism, for THE DAILY STAR.

MAKCIK Tempurung.

(PERHATIAN: ada PENYAMUN penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung" untuk mengelirukan pembaca).

Anonymous said...

Bahagian kedua:

Oleh kerana itulah KDN mesti ada Intelligence yang amat cekap dan terus berani, kerana pertubuhan Zionis Kristian ini melalui menyamar sebagai gereja biasa, NGO atau perhimpunan peribadi di rumah-rumah , sebenarnya mahu menyemarakkan benci dan rusuhan antara orang Islam dan Kristian yang telah lama hidup aman di Malaysia ini. Dengan mempergunakan isu "Allah" dalam injil, mereka mahu menanamkan marah orang Islam dan mahu mencetuskan keganasan dan huru hara. Kemudian DAP dan penaja Kristian Zionisnya boleh MENYALAHKAN orang Melayu/Islam dan UMNO, serta kerajaan BN sendiri, termasuk di mata dunia. Seolah kita mendiskriminasi orang Kristian, tetapi DAP dan penaja Kristian Zionisnyalah yang mahu menggertak orang Melayu/Islam dengan ancaman menggunakan "Allah" dalam injil. Sedangkan God bermakna Tuhan dalam bahasa Melayu - itu sepatutnya tidak perlu dipolitikkan oleh DAP kerana perlu menghormati hak orang Melayu/Islam di Malaysia.

Tetapi, tujuan utama DAP dan sekutu penjajah Barat-Zionisnya, saya mengesyaki, adalah untuk menjatuhkan Malaysia sebagai negara Islam, dan kuasa politik dan ekonomi bangsa Melayu dan Bumiputera lain, juga supaya mereka boleh tawan minyak-gas kita yang makin bertimbun di Borneo terutamanya, dari Petronas.

MAKCIK Tempurung.

(PERHATIAN: ada PENYAMUN penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung" untuk mengelirukan pembaca).

Anonymous said...

Bila dah nk tersungkur baru nk cari PAS...peeerraahh...bukan boleh pecaya org mcm ni...bila dia dh kuat dia tendang kita balik...tak kan tak ingat kot?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa