Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, May 26, 2013

SUSPEK HINA SULTAN SUDAH DIKETAHUI


CYBERJAYA- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya mengesan suspek yang menghina Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu di laman Facebook-nya di mana dengan kerjasama Polis, suspek berkenaan turut ditahan untuk disoal siasat.

Jika didapati bersalah, dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan yang berunsur menghina terutamanya institusi DiRaja Malaysia.

"Undang-undang negara berkuatkuasa tidak kira di mana-mana, baik di luar mahupun di dalam talian. Jenayah tetap jenayah, walaupun di dalam media sosial," kata Pengerusi SKMM, Dato' Mohamed Sharil Tarmizi.

"Pengguna media sosial perlu sedar bahawa mereka tidak sekebal seperti yang disangkakan. Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai supaya berhati-hati dan bersikap lebih bertanggungjawab ketika berkomunikasi di alam maya. Sesiapa yang melanggar lunas undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan," katanya. – BERNAMA

Sent from my iPhone

3 comments:

Anonymous said...

Jangan tangkap..lepas! tangkap ..lepas ! Udah lerrrr

weschairs said...

Betui jugak.

Anonymous said...

Macam pemancing di US. Tangkap ikan, ambik gambar, sukat panjang, hitung bilah gigi, hitung jumlah lubang... pas tu lepaskan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa