Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, May 09, 2013

KALAU DAH JENIS RAKUS DAN BENAK...




SHAH ALAM:  Seramai 28 dari 33 wakil politik parti pembangkang yang berucap dalam 'Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat' didapati  telah melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 kerana memberi ucapan berbaur hasutan.

Individu tersebut tersebut termasuklah pimpinan-pimpinan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan ramai lagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata perhimpunan yang dilakukan tanpa kebenaran pihak polis itu didapati juga telah banyak menyalahi undang-undang APA 2012.

"Penganjur perhimpunan itu didapati masih meneruskan acara tersebut walaupun telah dinasihatkan oleh pihak polis untuk menangguhkannnya," kata Tun Hisan.

Notis perhimpunan yang sepatutnya dihantar 10 hari sebelum perhimpunan tersebut hanya dihantar kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed pada jam 12.20 tengah hari semalam.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Sent from my iPhone

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa