Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, May 03, 2013

GEMPAR PETANG JUMAAT: ULAMA' MUKTABAR TURUT JADI MANGSA NAFSU SARAKAH ANWAR IBRAHIM!!!





Pembangkang jalankan kempen “Tolak politik lucah”. BN bukan saja tolak politik lucah, malah BN kempen supaya tolak kelakuan lucah yang diamalkan oleh pemimpin pembangkang.

Sudah terdapat tanda-tanda dan kecenderungan baru di kalangan pemimpin pembangkang di mana mereka sudah mesra perbuatan zina yang keji dan Hadi Awang sendiri menyebutnya sebagai isu remeh.

Pembangkang kempen “tolak politik fitnah” dan bawa politik hujah. BN bukan saja tolak politik fitnah, malah BN menyeru supaya rakyat tolak pemimpin politik yang berhujah menggunakan kaedah pembohongan, fitnah dan dusta “ala-Anwar” yang digunakan sebagai senjata oleh pembangkang untuk mempengaruhi rakyat.

Pembangkang kononnya kempen “tolak politik ganas dan samseng” dan bawa politik sopan dan hemah.

BN bukan saja menentang keras politik ganas dan samseng, malah BN mengecam dan menyeru pembangkang supaya hentikan segala politik kotor, ganas, provokasi dan samseng yang semakin subur menjadi budaya politik pakatan.

Pendekatan kempen politik pakatan memang kronik dan penuh tipu daya yang mengelirukan. Segala politik kotor yang dijayakannya cepat-cepat “tuduh dan pre-empt” semua politik kotor ini dilakukan oleh UMNO.

Penggunaan dakwat kekal adalah hasil kejayaan desakan yang dibuat oleh pembangkang melalui Kempen Bersih. Bila permintaan dan desakan mereka dipenuhi oleh pihak SPR, sekarang mereka timbulkan pula keraguan dakwat kekal boleh dimanipulasi oleh SPR untuk menipu dalam Proses pengundian.

Tujuan pakatan bukan untuk melihat pilihanraya bersih dari penipuan kerana sebelum ini pun kejayaan mereka memenangi 5 negeri adalah hasil dari sistem yang diraguinya ini juga.

Hakikatnya, “kaedah menimbulkan keraguan” rakyat terhadap SPR adalah sebahagian dari modus operandi dan teknik pembangkang untuk menimbulkan keraguan rakyat terhadap SPR.

Seandainya mereka kalah, mereka berharap rakyat akan merasakan pembangkang kalah disebabkan penipuan SPR dan bukan disebabkan majoriti rakyat menolak mereka.

Cuba nilaikan. Bila dalam isu menghadapi PRU, mereka cari jalan timbulkan keraguan terhadap agensi pengendali PRU, iaitu SPR.

Bila pemimpin mereka bergelut dengan isu yang akhirnya akan diadili di mahkamah, mereka cepat-cepat cari jalan timbulkan keraguan rakyat terhadap institusi polis dan badan kehakiman kerana inilah institusi yang terlibat untuk meleraikan persoalan seseorang itu samada bersalah atau tidak.

Bila pemimpin mereka terkantoi dengan pendedahan video seks pulak, mereka cepat-cepat timbulkan keraguan kepada keaslian pembikinan video itu sendiri.

Tujuannya, agar rakyat menolak bahan video sebagai bukti dan mereka mahu rakyat berfikir video boleh dimanipulasi.

Hasilnya, apa yang mereka mahu ialah rakyat bersimpati dengan individu yang berbuat zina, dan sebaliknya memandang keji mereka yang mendedahkan perbuatan zina. Ini adalah hasil kejayaan gerakerja menimbulkan keraguan rakyat yang dijalankan oleh pembangkang.

Paling dahsyat menerima musibah dari kaedah menimbulkan keraguan ini adalah UMNO. Semua kerja keji dan kotor yang terjadi dalam negara, semuanya akan dibakulsampahkan kepada UMNO. Ini cara mereka menimbulkan keraguan rakyat terhadap UMNO.

Seorang yang dianggap begitu berkredibiliti sewaktu berada di pihak pembangkang pun secara tiba-tiba akan terus diragui kredibilitinya sebaik saja mereka membuat keputusan meninggalkan pembangkang.

Tunku Aziz, Ust Nasahrudin Mat Isa, Chandra Mudzafar, Dr Hassan Ali, Zul Nordin, Dr Sidek Baba, Dr Yusry Abim dan ramai lagi adalah di antara mangsa serangan pembunuhan karakter pihak pembangkang. Semua serangan dan label yang dicop kepada mereka adalah kaedah dan proses yang diaplikasi untuk mewujudkan keraguan terhadap peribadi dan kredibiliti mereka.

Malah Dr Yusof Qardawi sendiri pun akan diturunkan geraf kredibilitinya jika seandainya suatu hari nanti beliau menyatakan sokongan secara terbuka kepada DS Najib.

Jika Yusof Qardawi sendiri keluar menafikan ada membuat surat menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri, pihak pembangkang sendiri tidak akan percaya. Mereka lebih percayakan surat Qardawi yang dipalsukannya dari penafian yang dibuat oleh batang tubuh Qardawi sendiri.

Tengoklah nasib Dr Asri. Sekejap diakui dan sekejap dipertikaikan kredibilitinya, bergantung kepada apa yang disebut oleh Dr Asri.

Jika kenyataannya memberi kelebihan kepada pakatan, maka mereka anggap Dr Asri ada kredibiliti. Tapi bila kenyataannya dilihat merugikan pakatan, maka sekelip mata Dr Asri sudah jadi tidak berkredibiliti.

Itulah kaedah rasmi dan satu-satunya jalan yang ada pada pembangkang untuk terus bertahan dan membendung sokongan yang ada supaya tidak ditinggalkan oleh rakyat.

Sebenarnya, Teknik menimbulkan keraguan kepada pihak lawan ini telah bermula sebaik sahaja Anwar dipecat dari kerajaan, dan hingga hari ini itulah kaedah yang digunakan dalam usaha mereka untuk meraih pengaruh dan sokongan.

Setakat ini mana yang bodoh dan taksub serta gagal mengunakannakal sebaiknya memang berjaya mereka pengaruhi. Tapi, mana-mana yang masih guna akal dan pertimbangan yang waras, pembangkang tak akan boleh makan mereka mentah-mentah.

Kamarulzaman Kamdias

3 comments:

Anonymous said...

pi la bersumpah. ini asyik nak salahkan orang lain je. time berzina tak ingat umno. dah kantoi semua salah umno.

Anonymous said...

hahaha... mmg bangang betul org yg dah kena dakyah ngan PR nih... tgklah tuan guru sendri pon hanyut... alahai... sedih betul. ble plak menghalalkan benda yg terang x bleh... plg mudah isu kalimah Allah. nih lg satu ramai yg x baper kenan ngan calon bn... tp ko sendri x nak tonjolkan diri nak jd calon... hmmm... pe la malang naseb...HIDUP BN!!

Anonymous said...

orang umno ni suka benda lucah j.ingat lah Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa