Hasutan yang berterusan dari para pemimpin DAP terhadap kaum Cina dan penganut agama Kristian bakal memecahbelahkan perpaduan rakyat negara kita. Pihak kerajaan wajib memantau perkara ini dari berterusan bagi memastikan perpaduan antara kaum dapat dipupuk semula setelah dimusnahkan oleh DAP.
Langkah pertama DAP cuba meragut maruah bangsa Melayu yang beragama Islam adalah dengan mempertikaikan isu penggunaan Kalimah Allah oleh pihak gereja. Isu ini telah dipolitikkan oleh para pemimpin pakatan haram dengan begitu hebat sekali semata-mata kerana mahu menaikkan kemarahan penganut Kristian dan menjatuhkan MARUAH umat Islam. Mereka cuba melancarkan serampang dua mata untuk memancing undi penganut Kristian. Dengan bantuan Nik Aziz dan Anwar Ibrahim yang menyokong penggunaan Kalimah Allah ini oleh penganut Kristian , DAP juga berharap bangsa Melayu yang terlalu taksub membabi buta akan menyokong mereka. Alhamdulillah, jentera cyber Barisan Nasional Berjaya menerangkan duduk perkara sebenar Kalimah Allah ini dengan meluas maka penganut Kristian di Sabah dan Sarawak faham permainan kotor DAP ini.
Langkah kedua DAP bagi menghasut kebencian melampau terhadap bangsa Melayu yang merupakan Tuan Tanah Melayu ini adalah dengan memberikan ceramah hasutan yang berterusan di gereja-gereja yang menyokong mereka. Hannah Yeoh merupakan antara penceramah DAP yang cukup aktif menghasut di gereja-gereja.
Langkah ketiga DAP menghasut para pelajar di sekolah-sekolah Aliran Cina untuk membenci Kerajaan sehinggakan murid-murid dilarang daripada menyanyikan lagu Negaraku dengan alasan itu merupakan lagu Barisan Nasional.
Malaysia sememangnya terdiri dari masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Perlu kita ingat bahawa Islam agama rasmi Malaysia dan Bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi kita. Oleh itu kita mengenalpasti diri kita berdasarkan kepada bangsa, agama, jantina, negeri dan bahasa. Namun disebalik semua perbezaan tersebut, kita masih mampu mengatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia. Ianya merupakan satu perkara yang hebat.
Kita tidak seharusnya malu untuk mengaku siapa sebenarnya diri kita. Ianya merupakan satu kebanggaan untuk kita akui warisan budaya dan kaum. Ini tidak bermakna kita membenarkan sebarang diskriminasi kaum berdasarkan bangsa. Adakah kita perlu mengambil langkah yang begitu drastic sehingga terpaksa mengorbankan identiti kaum semata-mata untuk kesamarataan. Kenapa kita tidak boleh jadi diri kita sendiri, iaitu Melayu, China, India, Dayak, Kadazan atau Iban namun tetap rakyat Malaysia. Salahkah menjadi bumiputera dan bukan bumiputera? Kesamarataan tidak akan menjadikan semua orang bumiputera.
Pakatan haram berpendapat kerajaan tidak sepatutnya mengumpul data berdasarkan kaum. Namun isu sebenarnya bukanlah pada kaum tetapi bagaimana data tersebut digunakan untuk kebaikan semua.Ianya seperti melepaskan rumah supaya ianya tidak roboh atau menjual kereta supaya ianya tidak dicuri.
Taksubnya pakatan haram dalam isu perkauman ini yang cuba mencagarkan segala-galanya untuk mengelarkan diri mereka bangsa Malaysia. Ini amat jelas mereka tidak memahami konsep 1Malaysia. Gagasan 1Malaysia berteraskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ia tidak seharusnya lari daripada apa yang terkandung dan semangat yang ada dalam perlembagaan. Soal hak Bumiputera, bahasa, budaya, kedudukan raja dan agama tidak harus berubah.
No comments:
Post a Comment