Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, May 31, 2013

CERITA PAGI JUMAAT:NAFSU NIK AZIZ SEMAKIN MENJADI-JADI



Oleh Nor Azlina Shaari

Bekas Menteri Besar Kelantan hingga hari ini masih lagi berdegil untuk tidak mahu berbaik sesama umat Islam yang menjadi ahli UMNO.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mengeluarkan kenyataannya yang bongkak, selagi beliau masih hidup, beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha untuk parti UMNO dan PAS bersatu.

Secara tidak langsung, ia akan terus menyemai rasa benci dan sombong dalam kalangan ahli-ahli PAS sendiri supaya tidak bertegur sapa dengan umat Islam lain yang berbeza parti politik dengan diri mereka.

Apakah Nik Aziz lupa, hukum dan janji Allah S.W.T menciptakan manusia di muka bumi ini adalah untuk sentiasa bersaudara dan menjaga hubungan silaturrahim selagi masih hidup?

Kenyataan Nik Aziz, “Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan” seolah-olah menunjukkan dirinya sebagai ‘hakim’ di bumi ini.

Persoalan lagi, apakah Nik Aziz menganggap dirinya sebagai Tuhan hingga memaksa umat Islam lain tidak mengikut ajaran dan tuntutan Islam untuk berbaik sesama umat demi menjaga keharmonian hidup selain bekerjasama membangunkan negara?

Nik Aziz perlu sedar dan berfikir, sekiranya UMNO dan PAS bersatu, ia adalah satu usaha yang baik untuk terus membangunkan negara selain memperjuangkan agama Islam.

Tetapi tidak, Nik Aziz masih lagi membutakan mata dan hatinya dari melihat kebenaran ini. Disebabkan itulah, Nik Aziz bongkak tidak mahu sebarang usahasama atau kerjasama antara UMNO dan PAS berlaku.

Tindakan Nik Aziz itu mampu mencetuskan lagi dan membesarkan permusuhan antara umat Islam di Malaysia. Seperti mana Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Hujrat, ayat 10;

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah”

“Dan janganlah kamu berpecah belah atau bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan atau kekuasaan kamu”

Melarang dari berbaik dengan parti UMNO juga diibaratkan seperti Nik Aziz memutuskan silaturrahim dan hukumnya haram, selain ia dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah S.W.T.

“(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.” – Surah Muhammad: Ayat 22-23.

Nik Aziz dan ahli-ahlinya yang lain perlu bermuhasabah. Ini kerana, dengan kerjasama antara parti UMNO dan PAS, hubungan silaturrahim boleh dieratkan dengan cara bantuan dapat diberikan, menolak kemudaratan, dapat bersemuka dan berbincang, berdoa dan berusaha melakukan sebarang kebajikan serta menolak apa yang mampu daripada menjadi lebih buruk.

Ini tidak, Nik Aziz terus membuat fitnah mengatakan UMNO telah menolak dasar-dasar Islam. Hakikatnya, UMNO sudah terlalu banyak melakukan perkara yang meningkatkan martabat dan maruah agama Islam.

Orang yang berburuk sangka seolah memfitnah orang, kerana buruk

sangkanya tidak mempunya bukti yang kukuh, ini dikuatiri terjadinya

fitnah, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain. Seperti apa yang Nik Aziz lakukan.

Apakah gabungan dan kerjasama antara parti PKR-PAS-DAP tidak menolak dasar Islam seperti apa yang Nik Aziz mahukan?

Sudah terang lagi bersuluh, parti DAP sejak awal-awal lagi menolak dasar Islam parti PAS. Contohnya seperti menggesa agar penggunaan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible. Kenapa tidak pula Nik Aziz melenting? Apakah ia tidak mencemarkan agama Islam selain menolak dasar Islam? Pelik!

Di dalam Islam, tidak salah untuk umat Islam menjalinkan hubugan silaturrahim dengan orang kafir. Tidak ada salah! Tetapi, sekiranya ia terang-terangan menolak agama Islam serta mampu memecah-belahkan umat Islam, hubungan itu tidak harus diadakan.

Allah S.W.T sendiri menjelaskan dalam Surah Al-Mumtahanah ayat 8. Firman-Nya:

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orangorang yang berlaku adil.”

Sudah terang bukan?

Sebagai seorang yang berpengetahuan dalam bidang agama, rasanya Nik Aziz lebih faham dan mengerti.

Islam mengharapkan supaya umatnya hidup bersatu padu dalam keadaan aman damai, bantu membantu, tolong-menolong, hormat menghormati antara satu sama lain dan Islam melarang umatnya daripada berpecah belah, bermusuh-musuhan, tuduh-menuduh, mencaci antara satu sama lain.

9 comments:

Anonymous said...

Macam mana dia nak benarkan UMNO berbaik dgn PAS sebab dia mengamalkan ajaran sesat

Anonymous said...

Semalam aku ada posting komen ke blogspot pro pembangkang rupa-rupanya, tajuknya pun ttg nik ajis yg enggan utk bersilatul rahim sesama Islam.

Malangnya blogspot "greenboc" itu gagal utk siarkan posting aku itu. Teruk sgt ke komen aku tu? Seperti dibawah ini ...

Kemana perginya sifat silatul rahim sesama Islam? Atau apakah kita sudah lupa pada hadis Nabi yg mengatakan Syurga haram bagi mereka yg memutuskan silatul rahim sesama saudara islam?

Anonymous said...

Pedulikan situa ini, teruskan usaha menyatukan umat islam, "Sesungguhnya Orang-Orang Islam Itu Bersaudara".

Anonymous said...

Aku sokong sangat kenyataan TG NIk.
Apa lah sangat bersatu dgn umno, mereka bukan orang islam seperti ahli2 PAS.
Bagus sagat la tu wahai TG NIK NAJIS BABI.
Kalau dah daasar berserbankan kulit babi dan berekorkan sepanjang ekor babimana di mahunya situa babi hutan tu nak bersatu.
Jenis manusia haramjadah situa kutuk spesis babi hutan itulah dia Nik Najis babi.
Si tua ni tak layak kita cakap baik2.
Nik Najis Babi sudah kempunan puki cina doll. apa nak hairan.
Spesis si tua babi ni tak payah mampus.
Biar dia hidup macam aerial sharon,Allah tunjukan dan bagi pengajaran pada umat israel tapi mereka tetap mendustakan agama Allah.
Bukan niat aku nak kurang ajar dgn orang tua tapi orang tua najis ni tak boleh berlembut ssngat.
Hancur umat islam di buatnya gara2 niknajis babi sekor ni.
Penganut2 ajaran nik najis babi akan bertakbir tuhan tua sekor diaorang demi jketaksuban yang melampau.
Aku sayang PAS yang dahulu.
Semenjak di kepalai oleh si Babi Tua dan gerombolan yang mengaku ulamak2 PAs,macam2 hal yang berlaku.
HIDUP BABI TUA sabagaimana HIDUP AERIAL SHARON.
Aku sokong penytuan islam tanpa mengira bangsa atau fahaman politik.
Selagi hidup si babi tua ni apakah kita akan melihat ianya berlaku.
Buka minda anda wahai yang mengaku ulamak dalam PAS.
Jangan jadi dayus.
Jangan pula terlalu berani mencabar agama Allah sebagaimana contoh Si Babi Tua Nik Najis Babi.

Anonymous said...

Assalamualaikum...syukur ya Allah syukur niki bkn bapakku...syukur diatas rahmatmu ya Allah......

Anonymous said...

Nik Aziz dah lama dah berkelakuan seperti TUHAN. Pemimpin yang menggalakkan perpecahan. .rahsia TUHAN memanjangkan usianya. .semoga menjadi ikhtibar selagi wujud manusia begini orang Islam sukar bersatu.

SITI

Anonymous said...

Janganlah melebih lebih kutuk orang....jangan lupa setiap perkataan direkod oleh 2 malaikat. Orang Islam sekarang banyak yang lupa adanya 2 malaikat yang sentiasa mencatat setiap perkataan dan setiap gerak geri kita. Orang sekarang buat dosa macam tak ada apa aje. Jangan ikut macam orang2 PAS.

Hati Nik Aziz sudah tertutup dengan kekotoran, doakan semoga dia dapat bersihkan hatinya sebelum malaikat maut datang menjemput.

Anonymous said...

Katalah apapun. Bagi mereka Nik Aziz itu bawah sedikit saja dari Nabi.

Anonymous said...

bila la mangkuk sekoq ni nak mampuih. nama saja olamak, tapi hati busuk cam taik. heran aku camne dia asyik dok pakai serban je,elok buka serban tu bior aku pijak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa