Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, May 01, 2013

BAPAK SAIFUL MOHON MAAF: ANWAR IBRAHIM MOHON NYAWA!!!


KUALA LUMPUR - Dalam perkembangan mengejutkan menjelang hari mengundi 5 Mei, Azlan Mohd Lazim hari ini meminta maaf kepada anaknya, Saiful Bukhari, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana telah mendakwa dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu, pada satu sidang media 8 Mac lalu.

Azlan berkata permohonan maaf itu dibuat atas kesedaran dan keterlanjuran beliau mengkhianati anaknya, bukannya kerana desakan mana-mana pihak berkepentingan politik.

"Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau juga menarik balik permohonan maafnya kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal Mac lalu, yang menafikan kelakuan jenayah pemimpin itu terhadap anaknya.

Sebaliknya beliau mempertahankan pendirian semasa membuat sumpah laknat bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu terlibat dalam kejadian liwat dan beliau mengakui ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan pemimpin itu.

Dalam pada itu, Azlan juga menarik balik semua kenyataannya termasuk pada majlis ceramah di Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah pada 23 dan 24 Mac lalu yang menyatakan anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu.

"Salah seorangnya Khairil Anas Jusoh untuk memfitnah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam kes liwat 2008.

"Dengan kenyataan akhabr ini diharap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul daripada kenyataan saya sebelum ini.

"Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali kepada anak saya seperti sedia kala dan hidup dalam keadaan harmoni," jelasnya.

Sementara itu, Azlan turut mengumumkan beliau keluar PKR berkuat kuasa serta-merta.

"Saya akan mengemukakan notis keluar parti (PKR) selepas ini, masuk keluar parti itu perkara biasa, ramai juga ahli parti pembangkang buat begitu.

"Sekarang saya rasa lega lepas keluar parti, dapat tidur lena kerana tindakan sebelum ini telah sulitkan keluarga," katanya sambil menafikan keputusan keluar PKR itu disebabkan kekangan dalam parti itu.--SH

Sent from my iPhone

8 comments:

Anonymous said...

Dia ni 1 spesis ngn Bala jugak ni,putar belit,berenti le jd orang.

Anonymous said...

Lepas ni minta pak cik duk diam-diam. Buat malu je. Macam ni punya manusia pun ada ka

Anonymous said...

kan dah kata, dia ni dah kena beli dek nuar. tapi pencacai2 PR tak percaya.

mgkn dia dah kepanasan kesan mubahalah anak dia kot..so tak dapat tidur malam...amekaw!

dan yang paling penting..nuar dah KANTOI! rasuah beb...RASUAH!!!

jom kita nyanyi ramai2..
PERMATANG PAUH nak hilang...
..hhehehe

Anonymous said...

sementara ni tak payah lah balik kepada keluarga..
jangan dilukai lagi tikaman fitnah mu pada darah daging mu itu.

sementara ni aku nasihatkan pada ko azlan...duk lah di mana2 hutan kat sabah sarawak...tak ada sapa percaya pada manusia si kotor kamu!!

gen2felda

Anonymous said...

Dunia Anwar Ibrahim bukan orang tak tau.... umpan duit, gertak orang. Itu sebab Hafilda sampai la ni tetap berentap dengan ANWAR!!!!,,, itu perang sampai mati!!

Anonymous said...

Kenapa marah2 dengan bapa Saiful wahai anon semua..
Ucapkan lah Terima Kasih Ya Allah atas kemurahanmu membuka pintu rahmatmu keatas hambamu bernama Azlan ayah kepada saiful .
Anon sekelian mungkin belum ada anak barangkali..kerana kasih seorang ayah biar seburuk mana pun anaknya akan tetap ada sebesar zarah kasih seorang ayah pada anaknya..kerana kenangan "Mengazankan" anak lelaki ketika ia lahir dimuka bumi ini akan suatu kenangan yang teramat bermakna dan tak sama dengan apa jua nilai ringgit yang ditaburkan. Jangan meletakkan hukuman pada kasih seorang ayah kerana Allah lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui tentang insan bernama Azlan ini .

Akhirnya, wahai para suami,lelaki dan ayah, pertahankan agamamu (Islam),isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

nonbal said...

Mana muka Johari Abdul nak letak? Pakcik, tolong jgn buat mcm ni.... Masuk dgn ni, dah berapa kali si Johari tu kantoi? Mula dgn video china doll yang dia sendiri tonton, kemudian analisis (konon) video tu palsu, kemudian kes Azlan ni pulak... Aku rasa Johari tu yang patut berhenti jadi manusia.... Jadi setan lah lagi sesuai.

Anonymous said...

Apa kena dengan mamat ni?

Dia tak relevan lagi dah, bodoh nak percaya dengan spesis macam ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa