Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, May 02, 2013

ALHAMDULILAH:RAFIZI RAMLI AKAN JADI BANDUAN TIDAK LAMA LAGI!!!



Kalau bab menfitnah dan mewujudkan cerita-cerita sensasi, Rafizi Ramli cukup berjaya. Apatah lagi apabila dia juga dibantu oleh JINGGA 13, tentera siber upahan Anwar Ibrahim yang bekerja keras untuk mewujudkan persepsi dan menjadikan FITNAH sebagai sesuatu yang nyata dan boleh diterima ramai tanpa sebarang perasaan bersalah.

Rafizi Ramli adalah ketuanya.

Di Pandan, pada hari penamaan calon, Rafizi Ramli buat hal lagi. Rafizi Ramli bising-bising tentang calon Barisan Nasional, Gary Lim Chin Yee yang kononnya telah pecah amanah dan salahguna kedudukan selaku peguam. Katanya, dia mempunyai bukti tentang hal tersebut.

Untuk beberapa hari selepas Rafizi Ramli buat sidang media – sesuatu yang amat digemarinya – Majlis Peguam yang sememangnya diketahui sangat cenderung kepada Pakatan Rakyat, terutama sekali PKR dan DAP, telah mengumumkan yang mereka akan melakukan siasatan berhubung dakwaan Rafizi Ramli.

Sudah tentulah Majlis Peguam cuba mencari jalan untuk membantu Rafizi Ramli menang mudah dan kemudian menjadi sokongan moral kepada para pemimpin Pakatan Rakyat lain yang sedang berhadapan dengan pelbagai kepayahan dan halangan, tidak seperti tahun 2008 apabila mereka muncul sebagai underdog dan kurang yakin kemenangan akan berpihak kepada mereka.

Namun, Rafizi Ramli yang sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang berhubung BAFIA, semakin terjerat dengan egonya yang tersendiri. Kegelojohannya untuk menjadi orang pertama yang membuat pelbagai pendedahan dan tahu segala-gala rahsia, akhirnya membuatkan dia terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Gary Lim telah membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh Rafizi adalah liar dan tidak berasas. Justeru, memandangkan Rafizi Ramli telah mengadakan sidang media yang bertujuan untuk memalukannya, maka Gary Lim telah mengambil keputusan untuk menyaman budak jambu itu.

Nasihat daripada Gary Lim kepada Rafizi yang mengharapkan benar kerusi Parlimen Pandan akan berpindah kepadanya setelah mengetahui Ong Tee Kiat, penyandang kerusi tersebut tidak lagi bertanding ialah Rafizi seharusnya menerangkan kepada penduduk dan pengundi di Pandan, apakah khidmat yang akan diberikan kepada mereka berbanding mengada-ngadakan cerita seperti itu semata-mata untuk menjadi popular.

Sememangnya itulah yang sepatutnya Rafizi Ramli lakukan. Apa sumbangan yang akan diberikan kepada penduduk dan pengundi di Pandan? Apakah Rafizi Ramli akan mengulangi perangai wakil-wakil rakyat Pakatan yang hilang entah ke mana dan langsung tidak turun menjengah permasalahan rakyat, sebaliknya cukup lantang menyalak dalam media sepertimana yang ditunjukkan oleh rakan karibnya, Zuraida Kamaruddin yang mewakili Parlimen Ampang, bersebelahan dengan Parlimen Pandan atau seperti Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang melompat sana, melompat sini tetapi sama seperti Mat Sabu, Saifuddin Nasution tidak pernah bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan kepadanya bermula dari Lunas lagi.

Tidak dapat dinafikan, Rafizi Ramli sebenarnya jadi begitu kerana selama ini UMNO dan Barisan Nasional terlalu GENTLEMAN dan beranggapan bahawa segala tuduhan liar yang dibuat adalah bermotifkan politik. Apabila bermotifkan politik, maka ia harus diselesaikan dengan kaedah politik, bukannya perundangan.

Namun Pakatan Rakyat menerusi pemimpin-pemimpin utama mereka seperti Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Husam Musa seringkali menyelesaikan masalah politik tersebut di bilik perundangan. Dan menariknya, mereka tidak pernah menang melawan fakta-fakta yang dibentangkan tetapi sentiasa mencari alternatif TEKNIKAL sebagai punca kemenangan.

Pakatan dah ajar agar selesaikan sebarang masalah dengan saman. Seharusnya para pemimpin Barisan Nasional juga melakukan perkara yang sama dengan sepantas-pantasnya dan tidak memberi muka atau ruang langsung kepada mana-mana pemimpin mahupun pecacai Pakatan Rakyat. Tindakan yang dilakukan oleh Gary Lim Chin Yee amatlah bertepatan dan dialu-alukan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa