Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, April 16, 2013

TERKINI:PRESIDEN GB4B MALAYSIA CALON BN PARLIMEN PARIT BUNTAR






IPOH 16 April - Pengerusi Gerakan Belia 4B, Muammar Ghadafi Jamaludin bakal menjadi tumpuan apabila diumumkan bertanding di Parlimen Parit Buntar, kerusi panas yang juga kubu kuat Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) itu adalah antara calon muda Barisan Nasional (BN) yang diumumkan Menteri Besar merangkap Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di sini hari ini.

Muammar Ghadafi dijangka berdepan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa yang juga penyandang kerusi tersebut.

Pada PRU-12, Mujahid menewaskan calon BN, Datuk Abdul Raman Suliman dengan majoriti 7,551 undi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa