Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, April 08, 2013

TERKINI: ANWAR IBRAHIM TAK JADI BERTANDING PRU13




KUALA LUMPUR: Penulis blog kontroversi Papa Gomo akan bertanding sebagai calon Bebas yang akan mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata wakilnya, Mohamad Rafi Awang Kechik pada Isnin.

Mohamad Rafi, yang juga Presiden Nadi Rakyat Malaysia berkata, Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, telah membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas untuk mendedahkan dakwaan salah laku Ketua Pembangkang kepada rakyat.

"Selepas menimbang cadangan daripada beberapa kumpulan dan individu, saya percaya dan saya akan mendedahkan semua salah laku yang dilakukannya kepada pengundi di kawasan beliau.

"Kita juga mahu menguburkan karier politik Anwar,” kata Mohamad Rafi yang mewakili blogger berkenaan, kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Wilayah Persekutuan di sini.

Pada Jumaat, Anwar mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum kali ini.

Anwar memfailkan saman fitnah berjumlah RM!00 juta terhadap Papa Gomo berhubung penyebaran gambar tunggal hitam-putih yang menunjukkan bahagian belakang seorang lelaki berbogel di dalam bilik hotel yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang itu.

Paparan itu juga menyediakan pautan ke laman blog lain dipanggil "Aksi si Raja Goyang", yang menyiarkan 13 gambar yang menunjukkan dua lelaki meraba-raba dan mencium satu sama lain, kononnya diambil dari video yang sama.

Anwar telah menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video berkenaan.

* Sumber mStar Online

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa