Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, April 08, 2013

LIM KIT SIANG TENAT DI JOHOR!!!




Nampaknya, usaha Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang sebagai calon bertanding di Gelang Patah adalah tindakan yang tidak bijak.

Percubaan meletakkan Kit Siang yang kononnya mampu untuk menerobos masuk ke negeri yang menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga dilihat sebagai usaha dangkal dari Anwar.

Ini kerana, awal-awal lagi, keberadaan Kit Siang di sana tidak diterima baik oleh rakyat di kawasan tersebut.

Buktinya, parti gabungan PKR-PAS-DAP telah mengadakan ceramah ‘beramah-mesra’ dengan rakyat Gelang Patah di sana malam semalam.

Kebiasaannya, pembangkang akan melaungkan dan menyebarkan jumlah penonton atau pengikut mereka dalam satu-satu ceramah adalah terlalu ramai.

Tapi tidak pada malam semalam. Kurang dari 100 orang yang hadir ke ceramah itu untuk mendengar ucapan dari Kit Siang sendiri.

Sudahlah tidak ramai yang datang menyaksikan ‘pemimpin’ Kit Siang di Gelang Patah, lebih memalukan apabila Kit Siang tidak mampu memberikan ucapan dalam jangka masa yang lama. Kit siang berucap di hadapan jumlah orang kurang dari 100 orang tidak lebih dari 5 minit!

Mungkin sudah malu di mana setiap kata-katanya tidak disambut oleh warga Gelang Patah, Kit Siang telah beredar dari kawasan ceramah tersebut.

Ceramah itu seterusnya disambung pula oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Bukan itu sahaja, ramai yang mempersoalkan tentang tindakan Kit Siang yang secara tiba-tiba mahu beralih kawasan untuk bertanding. Mengapa?

Jika benar dakwaan Kit Siang bahawa DAP merupakan parti multirasional yang berkhidmat untuk semua bangsa, mengapa beliau memilih untuk bertanding di Gelang
Patah di mana majoriti pengundinya adalah berbangsa Cina? Pelik bukan?

Sah-sah Kit Siang mahu mendapatkan undi dari pengundi berbangsa Cina untuk kepentingan diri dan politiknya.

Memang benar, kawasan Gelang Patah majoritinya adalah berbangsa Cina. Tapi, beliau sendiri harus ingat dengan cabaran dan getir yang terpaksa dia tempuhi nanti kerana, tidak semua warga Cina mempercayai kata-kata Kit Siang.

Rakyat Gelang Patah mahukan wakil rakyat yang benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat, dan bukannya individu yang mahu menjadikan rakyat sebagai batu loncatan bagi kepentingan agenda politik peribadi mereka.

Jadi, dalam hal meletakkan Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon adalah percubaan yang tidak berjaya yang dilakukan oleh Anwar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa