Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, April 09, 2013

RAKAN SUBAHAT ANWAR IBRAHIM DITAHAN BAWA SENAPANG M-16






















Tiga puluh dua individu yang menaiki sebuah bot ditahan di perairan Sabah, kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu awal pagi ini.

Pasukan keselamatan turut merampas pelbagai senjata seperti senjata api, barong dan kapak serta beberapa dokumen yang dibawa kumpulan lelaki itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata setakat ini kesemua mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

"Kami belum mengenal pasti bangsa mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Kinabalu, di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata bot yang dikenali sebagai 'kumpit' yang dinaiki kumpulan lelaki itu ditunda ke Sandakan untuk siasatan lanjut.

Hamza sekali lagi memberi jaminan keadaan di semua daerah di Sabah terkawal dan menafikan dakwaan terdapat 100 pengganas bersenjata memasuki negeri ini.

"Pasukan keselamatan sentiasa mengawal keadaan dengan kawalan ketat di kawasan perairan Sabah," katanya.

Sementara itu, pasukan Forensik menemui 15 lagi mayat di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu dan kesemua mayat itu akan dibawa keluar dari kawasan yang menjadi kubu militan dari selatan Filipina itu petang ini.

Beliau berkata kesemua mayat itu adalah daripada pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan yang sebelum ini tidak dapat dibawa keluar atas faktor keselamatan.

- Bernama

4 comments:

Anonymous said...

Bukan Senapang M16 digunakan di askar Amerika Syarikat?

Anonymous said...

sebab itu kerajaan kena segera buat RCI siasat siapa dalang pengganas ni

Anonymous said...

tahniah Pasukan Keselamatan negara yanh sentiasa buat kerja pantas demi keselamatan negara.

Anonymous said...

Kapal APMM yang berjaya menangkap 32 ekor ni. Kenapa berat sangat nak bagi kredit pada orang yang buat kerja. Selama ni APMM dituduh macam2 tapi bila ada kejayaan semua nak mengaku dia punya. Nampak sangat hati busuk.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa