Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, April 05, 2013

PERGOLAKAN DALAMAN PKR SEMAKIN TENAT!!!



KALAU PARTI SENDIRI TAK BOLEH NAK URUS...
ADA HATI NAK URUS MALAYSIA...
MALASAH DALAMAN PKR NI ADALAH BUKTI KUKUH MEREKA MEMANG TAKDE BAKAT LANGSUNG UNTUK JADI PEMIMPIN YANG BAIK...
PRU 13 KITA BAGI KO PADA MEREKA...
JANGAN UNDI PKR...
UNDILAH CALON BN YANG BAGUS-BAGUS BELAKA SEMUANYA!!!
ORANG MUDA PILIH BN!!!!


KUALA TERENGGANU 5 April - Kenyataan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Azan Ismail yang mendakwa pembahagian kerusi Parlimen negeri itu masih belum muktamad jelas menampakkan ketidaksepakatan parti itu dengan Pas.

Ini kerana, tengah hari semalam Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding di tujuh kerusi manakala PKR hanya satu kerusi.

Azan ketika ditanya pihak media tentang pengumuman Abdul Wahid itu memaklumkan pula bahawa belum ada keputusan muktamad dibuat sehingga kini dan keputusan rasmi akan diumumkan tidak lama lagi.

"Kita tidak terima apa-apa maklumat lagi dan keputusan itu kita tunggulah diumum nanti. Tentang apa yang diumumkan itu, saya tidak tahu," katanya ketika ditemui pada Ceramah Perdana di Cabang Tiga dekat sini malam tadi.

Sebelum ini ini, Pengerusi PKR negeri itu dilaporkan telah mengesahkan parti itu terus kekal bertanding bagi dua kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN walaupun ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), PKR tewas di semua kerusi yang diberikan.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang ditemui mengakui perkara sama diutarakan Azan apabila memaklumkan keputusan kerusi Parlimen di negeri itu ketika ini di peringkat akhir dan akan memuktamadkan tidak lama lagi. - UTUSAN ONLINE

3 comments:

Kekuda said...

kata dah ready.. tapi kelam kabut
nak bubar parlimen cepat2.. alih2 DUN negeri PR yg paling lewat bubar.

Anak Lenggong said...

kah kah kah..masing2 nak berebut elaun sebagai wakil rakyat dan bukannya nak berkhidmat kepada rakyat sebab kata mereka persaolan rakyat biar BN yang selesaikan dengan adanya wakil MB disetiap DUN

Anonymous said...

PAS memang tamak, tak sedar diri.. Kalau tidak kerana aura DSAI, jangan harap parti itu boleh diterima oleh seluruh masyarakat Malaysia..!!

Ahli PKR Terengganu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa