Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, April 11, 2013

PEMBANGKANG LETAK CALON "ASAL BOLEH" UNTUK PRU13:TANDA AWAL MEREKA KLAAH TERUK!!!




SELEPAS debaran menanti bila Parlimen dibubarkan dan bila Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan berakhir, kini wujud pula debaran siapa yang bakal menjadi calon bagi membawa panji-panji Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya tersebut.

Sememangnya sementara menanti keputusan muktamad dan pengumuman secara rasmi dilakukan oleh pucuk pimpinan parti debaran semakin kencang. Ada sesetengahnya tidur tak lena kerana memikirkan akan terpilih atau tidak.

Selalunya sindrom ini `menjangkiti' pemimpin-pemimpin yang mempunyai jawatan di peringkat bahagian khususnya dalam UMNO. Ada antara mereka masih mahu melawan arus menyatakan dialah calon boleh menang biar pun kalau diikutkan, umum namapun sudah kalah.

Malahan sudah ada ketua-ketua bahagian yang bertanding dalam pilihan raya umum lalu tetapi kalah menaruh harapan untuk dipilih sekali lagi dengan alasan, dulu mereka kalah kerana tsunami politik. Kata mereka, masa tu ramai yang kalah.

Ada pula ketua bahagian yang selama ini tidak pernah ada di kawasan secara tiba-tiba muncul melaksanakan pelbagai program dengan harapan terpilih sebagai calon.

Semua ini adalah drama-drama sebabak yang ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan termasuklah ada antara mereka yang sudah berpuluh-puluh tahun menjadi wakil rakyat masih mahu menongkat langit dengan alasan dia calon boleh menang sedangkan maklumat yang diterima, hendak dapat 50 peratus sokongan rakyat di kawasannya pun susah.

Apa pun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menegaskan pemilihan calon BN turut bergantung kepada penerimaan rakyat, kemampuan dan rekod pencapaian calon selain mengambil kira pertimbangan yang adil antara parti komponen BN.

Selain itu Najib menggariskan bahawa kriteria calon boleh menang BN ialah peribadi, kebolehan, ketokohan dan pengalaman individu menjadi asas dalam pemilihan.

Justeru tidak perlulah mana-mana pemimpin-pemimpin sama ada di peringkat pusat atau bahagian mendabik dada kononnya mereka berada dalam kategori calon boleh menang. Ini memandangkan sama ada boleh menang atau tidak bukan mereka yang tentukan tetapi rakyat.

Oleh itu, dalam soal ini adalah penting jika pemilihan calon kali ini dilakukan secara berhati-hati dengan mengambil kira pandangan rakyat dan laporan agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.

Ia memandangkan jika BN tersilap langkah dalam membuat perhitungan semata-mata untuk menjaga hati mana-mana pemimpin maka yang akan menanggung akibat adalah parti.

Dalam berhadapan pilihan raya umum yang cukup getir ini, BN dan UMNO perlu memastikan calon yang dipilih diterima oleh rakyat dan bukannya pemimpin yang mengamalkan sikap `syok sendiri' kononnya dia masih boleh menang.

Malahan jangan ada pandangan kononnya kalau seseorang pemimpin itu tidak terpilih ia boleh membawa bencana kepada peluang BN. Bagi pemimpin seumpama ini, kalau betul rakyat mahukan dia tetapi tidak dipilih oleh parti mungkin ia bencana untuk parti tetapi kalau dia memang tidak dikehendaki oleh rakyat tetapi dipilih oleh parti maka itu adalah bencana yang sengaja diundang.

Justeru kepada pemimpin-pemimpin yang berhasrat masih mahu menjadi calon atau berasa layak menjadi calon sedangkan, dia sendiri memahami bagaimana penerimaan rakyat di kawasannya maka belajar-belajarlah menilai diri dan bermuhasabah.

Pilihan Raya Umum Ke-13 bukannya medan untuk survival politik mana-mana individu tidak kira apa juga jawatannya di peringkat pusat, bahagian mahupun negeri. Kalau kajian menunjukkan pencalonannya boleh mengundang kekalahan atau bencana kepada parti maka terima sahaja dengan terbuka keputusan pucuk pimpinan.

Memanglah semua orang merasakan dirinya layak, apatah lagi kalau dia memegang jawatan di peringkat bahagian tetapi itu bukan jaminan pencalonannya boleh membawa kemenangan kepada parti.

Apa yang lebih utama seperti mana kata Najib, kepentingan parti harus mengatasi kepentingan individu. Kalau benarlah mereka sayangkan parti dan mahu memastikan kedudukan bangsa, agama dan negara tidak digugat oleh pakatan pembangkang maka bersedialah untuk tidak dicalonkan.

Kita percaya setiap keputusan dalam soal pemilihan calon ini akan dilakukan dengan penuh hati-hati dan kebijaksanaan oleh pucuk pimpinan parti demi memastikan kemenangan yang diidam-idamkan tercapai.

Kecewa dan sedih tidak salah tetapi jangan sampai bertindak sebagai pengkhianat apabila tidak terpilih sebagai calon kerana bak kata Najib, "Jika kita faham kenapa pilihan raya diadakan, kita takkan benarkan perasaan dan pertimbangan lain menggantikan pertimbangan untuk parti, seelok-eloknya kalau kecewa pun dalam tempoh 24 jam sahaja. Lepas itu kena turun padang.''

Semoga pesanan Perdana Menteri ini akan menjadi iktibar kepada mereka yang tidak terpilih sebagai calon agar impian BN untuk meneruskan kesinambungan perjuangan demi bangsa, agama dan negara tidak dikhianati dari dalam. - UTUSAN ONLINE


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa