SETELAH berakhir proses penamaan calon semalam, jurang kepimpinan Anwar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, nampaknya semakin melebar. Nampak sangat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih teratur dalam soal penamaan calon-calon parti pimpinannya, Barisan Nasional, semuanya berjalan lancar.
Berbanding dengan Anwar dan Pakatan Rakyat yang terpaksa telan hakikat tak mampu nak halang PAS dari lawan calon PKR di 7 kawasan parlimen dan DUN, tapi kata berpakat, Pakatan haram jadah apa macam ini?
Sekarang ni rakyat nampak Anwar cerita dan cakap banyak sampai nak tercabut anak tekak, rupanya nak elak pertandingan sesama sendiri pun Anwar tak mampu lakukan!!
Macam biasalah, Anwar sentiasa saja ada alasan, teknikallah, itulah, inilah dan sebagainya, tapi siapa yang peduli? Yang penting, kau kata hebat, kau kata macam-macam, tapi benda-benda macam ini (pertandingan sesama sendiri) masih berlaku.
Bukan itu sahaja masalahnya, penentangan itu membawa kepada penggunaan kekerasan fizikal. Di Sungai Acheh contohnya, calonnya PKR Badrulhisam Shaharin ditumbuk oleh pemuda PAS sendiri semasa proses penamaan calon!!! Apa sudah jadi?
Rakyat perlu lihat kejadian ini sebaik-baiknya. Anwar hanya ada auta, bluff, temberang dan cakap besar. Cakap bolehlah, buat dah JELAS tak mampu nak saingi Najib.
Tidak hairan kenapa kepimpinannya yang macam diktator (tidak boleh dicabar) dalam PKR sebagai Ketua Umum ditolak ramai orang. Anwar tak mampu nak berlaku adil kepada ahli-ahli dia sendiri pun, nak berlaku adil dengan rakyat macam mana?
Ada Ketua Cabang yang bertahun-tahun buat kerja di kawasan terbabit, tidak dicalonkan dalam pilihanraya, orang lain pulak yang diutamakan dulu. Ada di antara mereka ni masuk PKR takde 2 bulan pun, tapi Anwar dah angkat jadi calon, macam bekas Panglima Tentera Darat, En Hashim Hussein.
Dia baru masuk PKR bulan Mac, jadi calon bulan 4, senang betul.
Macam ini ke contoh kepimpinan yang baik? Sendiri mau ingatlah kepimpinan baik apa macam ini. Kalau Johor Bahru tidak ada Cabang tidak apa, tapi ssemua cukup, ranting, akar, benih pokok apa segala. Akhirnya, calon yang baru masuk bulan sudah jugak yang diangkat bertanding.
Ini baru satu, ada banyak lagi yang boleh kita persoalkan tentang Anwar ni, macam masalah moralnya yang tak abis-abis. Kalau DAP boleh suruh rakyat tolak calon BN yang kelulusannya diragui, apa kita tak boleh tolak orang macam Anwar yang disahkan Mahkamah Persekutuan tahun 2004 terlibat dengan kegiatan homoseksual?
Mahkamah sahkan, bukan saja-saja cakap ya.
No comments:
Post a Comment