Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, March 02, 2013

TIAN CHUA JIJIK DAN BEBAL

KUALA LUMPUR 2 Mac - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua merupakan ahli politik yang jijik, bebal dan tidak waras apabila menuduh kematian dua anggota keselamatan dalam insiden di Lahad Datu sebagai konspirasi UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, Ahli Parlimen Batu itu tidak seharusnya mempolitikkan isu kematian dua anggota tersebut yang mempertahankan negara daripada penceroboh asing.

Menurutnya, Tian Chua sepatutnya lebih prihatin terhadap keselamatan negara khususnya membabitkan pencerobohan dilakukan kumpulan penceroboh Kesultanan Sulu itu.

"Apa yang jelas Tin Chua adalah seorang pemain politik yang paling jijik, bebal dan tidak berfikiran waras apabila menuduh kematian dua anggota keselamatan tersebut sebagai konspirasi terancang UMNO," tegasnya seperti dipetik dari blog UMNO Bahagian Cheras.

Dalam kenyataan menerusi Keadilan Daily semalam, Tian Chua membuat dakwaan kematian dua anggota komando polis tersebut sebagai konspirasi terancang dilakukan oleh UMNO.

Kenyataan tersebut kata beliau, bukan sekadar tidak berasas malah secara langsung menghina pasukan keselamatan dan keluarga dua anggota polis yang terkorban.

Syed Ali melahirkan rasa kesal ketika kaum keluarga anggota polis yang terkorban itu sedang berdukacita, Tian Chua pula membuat kenyatan yang tidak sepatutnya.

"Mungkin kerana anggota polis itu daripada keturunan Melayu, maka Tian Chua terlalu biadab dengan menuduh UMNO merancang konspirasi," ujarnya.

Sebaliknya jelas belau, jika membabitkan bukan Melayu sudah pasti Tian Chua akan 'melalak' dengan melempakan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan. - UTUSAN


Sent from my iPhone

1 comment:

Anonymous said...

nik aziz patut sedar, keselamatan negara hanya sanggup dijaga oleh melayu, bukan DAP. Dap hanya nak negara saja, nak kuasa supaya mereka terus kaya menagaut hasil dan melonggarkan pegangan islam. ingat lah wahai nik aziz, umno yang jahat ini tak akan membiarkan agama islam diperlekeh tapi jika dap laknat tu berkuasa awak mesti kecewa kerana azan mesjid juga dilarang. sekarang ni puak pas yang merasa diri mereka sangat islamik ada mengatakan azan mesjid tak payah kuat takut ganggu orang tapi jika umno yang suruh perlahankan azan, akan keluar fatwa dan hadith menyalahkan umno. jika dap yang cakap, akan keluar fatwa sokong. aduhai nik aziz, cukup lah. kita semua tak tongkat dunia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa