Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, March 02, 2013

RAMAI PERCAYA ANWAR IBRAHIM ADALAH PELAKON SEKS

KUALA LUMPUR 1 Mac - Rakyat kini semakin mempercayai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dengan pelbagai kesalahan moral sekali gus tidak layak menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menerajui negara.

Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berkata, penolakan rakyat terhadap Anwar boleh dilihat dalam setiap ceramah yang disampaikan beliau di seluruh negara sejak kebelakangan ini.

Katanya, senario itu berbeza berbanding beberapa tahun lalu yang mana rakyat menolak segala fakta yang disampaikan berkaitan salah laku moral Anwar khususnya semasa berkuasa dan menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

"Saya hairan dan bimbang kenapa terdapat rakyat terutama umat Islam masih mempercayai Anwar serta membiarkannya terus berbohong walaupun pelbagai bukti telah dikeluarkan berhubung kelakuan buruknya.

"Orang Melayu sebanyak 18 juta di negara ini pasti menolak pemimpin tidak bermoral, negara ini negara Islam dan bukan seperti Amerika Syarikat. Apa akan jadi pada masa hadapan jika rakyat terima kelakuan buruk Anwar dan memilihnya sebagai Perdana Menteri?," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Nallakaruppan disaman Anwar pada 26 Mac tahun lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan Utusan Malaysia pada 20 Mac tahun lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Selain Nallakaruppan, Anwar turut menyamanUtusan Malaysia ekoran penyiaran laporan itu. Namun baru-baru ini, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.

Dalam pada itu, Nallakaruppan yang merupakan bekas sahabat baik Anwar dan sering bermain tenis bersama selama lebih 30 tahun sebelum ini, meminta peguam Anwar dan institusi mahkamah mempercepatkan prosiding kes tersebut yang sehingga kini belum dimulakan.

Katanya, beliau sudah tidak sabar mahu mendedahkan segala bukti di mahkamah termasuk mengenai 'episod rambut palsu Anwar' yang dibelinya dari Chennai, India untuk kegunaan Anwar melindungi wajahnya ketika keluar untuk melakukan 'aktiviti'.

"Selepas itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sendiri yang mengetuai sepasukan polis menyerbu rumah serta kereta saya dan merampas rambut palsu itu yang saya simpan di bonet kereta sebelum bermulanya kes Anwar di mahkamah pada 1998.

"Saya minta sesiapa sahaja terutama pihak media pergi ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi melihat sendiri rambut palsu itu yang disimpan sebagai bahan bukti dan anda juga boleh bertanyakan Musa mengenainya," katanya.

Sementara itu, Nallakaruppan turut mencabar Anwar menjelaskan mengenai kehilangan jam tangan Omega pemimpin pembangkang tersebut yang dikemukakan 'Trio Datuk T' berhubung penyebaran video seks yang didakwa membabitkan Anwar dengan seorang pelacur luar tidak lama dahulu.

"Semasa saya berkawan dan menemani Anwar dalam setiap aktivitinya dahulu, saya juga sering memberikan semula jam tangannya, beliau memang sering terlupa mengambil semula jamnya selepas selesai aktiviti itu," katanya.


Sent from my iPhone

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa