Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, March 10, 2013

TERKINI DARI LAHAD DATU:SEORANG REMAJA TERBUNUH


Seorang remaja lelaki yang tidak dikenali ditembak mati manakala seorang lelaki dewasa cedera di bahagian kakinya apabila anggota keselamatan Malaysia menembak sebuah belukar di Kampung Sungai Bilis pagi ini, dalam operasi Ops Daulat yang masuk hari keenam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kejadian itu berlaku semasa polis menahan lima orang yang tiba-tiba muncul di kawasan itu.

“Pada pukul 9.45pagi hari ini, pasukan keselamatan kita bergerak ke kawasan sasaran di Kampung Sungai Bilis. Tiba-tiba, muncul satu kumpulan manusia dari kawasan belukar.

“Kumpulan itu terdiri daripada dua orang lelaki dan tiga orang perempuan. Kita tangkap mereka dengan segera.

“Ketika pemeriksaan ke atas mereka, tiba-tiba kedengaran bunyi pergerakan di belukar berhampiran. Secara spontan, pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan.

“Kami menemui seorang budak lelaki dalam lingkungan usia 12 ke 15 tahun telah meninggal dunia dan seorang lelaki dalam lingkungan usia 30an terkena tembakan di kaki,” kata beliau semasa satu sidang media di Felda Sahabat 16.

Ismail berkata kesemua yang ditahan, lelaki yang cedera serta mayat remaja lelaki itu telah dibawa keluar dari kawasan kejadian.

“Kami tidak pasti tentang identiti mereka. Mereka tiada sebarang dokumen. Kita sedang menjalankan siasatan pada ketika ini tentang asal usul mereka dan apa mereka buat di situ,” tambahnya lagi.

Ismail berkata mereka disiasat dibawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Polis telah berkali-kali mengingatkan orangramai supaya jangan masuk ke kawasan Ops Daulat yang meliputi sekitar Kampong Tanduo hingga Tanjong Batu di Lahad Datu.
Read more at http://brojinggo.blogspot.com/2013/03/budak-lelaki-12-tahun-terbunuh-di.html#KMW4hjzk7WOLJ3ZV.99 

3 comments:

Anonymous said...

tu semua talibarut askar sulu tuu...

logiknya apa dia buat dlm hutan tu...

bukan ke dia tak tau dah sebulan kempen pencerobohan askar sulu dlm media...

askar sulu mmg sengaja bwk bdak2 untuk suruh pegi kedai beli telo, rokok, dll...

pompuan tu utk dikekah beramai2...

patut bagi bom meriam katak jee kat kump tu....

tak pon peluru pepandu dari keta kebal T72..

Anonymous said...

Ini mungkin taktik pengganas memperalatkan kanak2 yg tak tahu apa-apa. Jangan terkejut kalau selepas ini mereka akan menggunakan wanita mengandung sebagai perisai dsb untuk mendapatkan simpati antarabangsa. Memang jijik puak pengganas ni, dan dalang2 dibelakang mereka.

editor.aidc@yahoo.com said...

salam. laman AIDC kena hack jam 9 malam, 10 Mac. Kerja-kerja pemulihan akan mengambil masa sehari dua sebelum dapat beroperasi seperti biasa.

http://mindaaidc.wordpress.com/2013/03/10/aidc-kena-hack-sebab-dedah-bukti-pertemuan-anwar-misuari/

Editor AIDC

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa