Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, March 30, 2013

TARIKH BUBAR PARLIMEN AKHIRNYA DIKETAHUI

 

Parlimen Malaysia dijangka hanya akan dibubarkan selepas minggu kedua bulan April apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan membuat umrah minggu hadapan.


Sumber The Star melaporkan Najib dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 13 April selepas mempegerusikan mesyuarat Kabinet dan mengambil bahagian dalam program berbasikal di Putrajaya.



Beliau dijangka akan pulang dua hari kemudian.



Spekulasi mengatakan Perdana Menteri akan melanjutkan tempoh penuh lima tahun parlimen yang akan tamat pada 29 April sebelum memanggil pilihan raya.



DUN Negeri Sembilan merupakan dewan negeri yang pertama terbubar secara automatik pada Khamis dan akan disusuli Pulau Pinang pada 2 Mei, Kedah dan Terengganu pada 6 Mei.



Sepanjang dua hari lalu Najib telah menemui pengerusi BN seluruh negara di Putrajaya dipercayai bagi memuktamadkan senarai calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Sent from my iPhone

3 comments:

Anonymous said...

Selamat berangkat ke tanah suci dan menunaikan ibadat Umrah kepada Dato Sri Najib dan isteri.

Unknown said...

Ha..pasti ke..najib mohon kesejahteraan di mekah.supaya pru13 berjalan lancar..aman.

Anonymous said...

PM yg wajib dibanggakan kerana kerap mengerjakan UMRAH.AlJub bila U nk buat Umrah? Jangan saman I, TERKAM I.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa