Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, January 02, 2013

PARTI ISLAM SEMALAYSIA SETUJU BENARKAN KRISTIAN GUNA KALIMAH ALLAH!!!???



Nampaknya di saat tahun 2012 bakal melabuhkan tirai kalendarnya, DAP masih sempat untuk memberi tamparan hebat tepat ke muka PAS apabila Lim Guan Eng sekali lagi menegaskan bahawa kalimah “Allah” itu bukan hak eksklusif umat Islam di negara ini.

Setiusaha DAP itu dalam perutusan perayaan Krismas baru-baru ini sengaja “mencurah minyak” apabila mendesak kerajaan supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti mana diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.

Melalui kenyataan tersebut, maka sudah jelas mengenai dasar DAP yang sememangnya tidak menghormati sensitiviti umat Islam di Semenanjung Malaysia yang sememangnya tidak dapat menerima gesaan yang berbentuk provokatif tersebut.

Sebagai kerajaan yang sudah matang dengan permainan DAP itu, BN langsung tidak melayan kehendak pemimpin “chauvinis ultra kiasu” itu.

BN kekal dengan keputusan sedia ada dengan membenarkan penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak sebagaimana yang biasa diamalkan pada 50 dulu memandangkan majoriti rakyat di sana adalah beragama Kristian.

Tapi, tiba-tiba saja puak-puak PAS yang kononnya “jaguh Islam” di negara ini tampil memberikan kenyataan yang bertentangan dengan “jelmaan Khalifah Umar Abdul Aziz PAS” itu!

Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hasan Tantawi merupakan di antara pemimpin PAS yang “termakan umpan” Guan Eng.

Bagaimanapun, mereka langsung tidak berani “menjentik” Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan hanya mampu menyuarakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan kehendak Guan Eng.

Begitulah PAS dan para pemimpinnya. Dengan Guan Eng pun mereka takut untuk bangkit menentang meskipun anak lelaki Lim Kit Siang itu begitu jelas cuba mencabar kemuliaan kalimah “Allah” yang selama ini dipertahankan oleh UMNO.

Selama ini, puak-puak DAP begitu kuat mendesak agar penggunaan kalimah “Allah” dibenar untuk diguna pakai di dalam Bible versi bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia, tapi UMNO mempertahankan kemuliaan nama “Allah” itu dengan baik melalui kuasa yang ada.

Ketika UMNO mempertahankan isu kalimah “Allah” itu, maka muncul pula pemimpin PAS seperti Khalid “Gereja” Samad yang begitu bersungguh-sungguh menyebelahi kehendak DAP dan Guan Eng itu.

Persoalannya, di mana Harun Taib, Tuan Ibrahim dan Nasruddin ketika itu? Mengapa tidak dipulas telinga dan dipecat saja kebiadapan Khalid Samad dalam tindakannya yang mencemar kemuliaan kalimah “Allah” itu?

Zulkifli Noordin yang ketika itu bersama PKR, sanggup dipecat Anwar Ibrahim yang menyokong kehendak DAP. Tapi PAS pula seperti “lembu dicucuk hidung” pula bila berdepan dengan isu berkenaan. Macam itukah sifat “pejuang Islam”?

Saya percaya, jika Pakatan Haram menjajah Putrajaya pada PRU ke-13 ini, sudah tentu mereka akan mencemar kemuliaan kalimah “Allah” dan melaksanakan kehendak DAP yang jelas bertentangan dengan perlembagaan serta sensitiviti umat Islam di Semenanjung.

Maklumlah, kalau Hudud dan perjuangan “Negara Islam” yang dilaungkan PAS selama berpuluh tahun pun diketepikan begitu saja, bayangkan pula kedudukan suara dan dasar PAS di dalam gabungan “pakatan syaitan” itu.

Saya yakin, nescaya PAS akan kekal sebagai “parti kasta bawahan” yang langsung tidak dipandang atau diberi muka oleh DAP manakala PKR pula akan terus menjadi “pak turut” kepada “adik parti PAP” di Singapura itu.

Justeru itu, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk memastikan kedaulatan Islam, kemuliaan Allah dan RasulNya di negara ini kalau bukan UMNO? UMNOlah yang selama ini mempertahankan Islam di Malaysia, tapi PAS tuduh pula UMNO “kafir”? Astaghfirullahil’azim…

1 comment:

Anonymous said...

Hidup UMNO.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa