Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, January 02, 2013

PARTI ISLAM SEMALAYSIA SERU AHLINYA DERHAKA KEPADA IBU BAPA



KUALA TERENGGANU 1 Jan. - Abdul Rashid Abdul Wahab, 65, sanggup melakukan apa sahaja ketika itu sehingga tergamak mengkafirkan arwah ayahnya sendiri semata-mata berpegang kepada Amanat Haji Hadi dengan harapan orang tuanya kelak akan bersama dengan Pas.

''Saya perdengarkan kaset ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkait dengan amanat itu dan ayah bertanya adakah dia kafir kerana menyokong UMNO dan saya menjawab begitulah. Air matanya bergenang.

''Ketika itu saya tidak merasa apa-apa tetapi apabila mengenangnya kini, saya tak mampu mengungkapkan apa yang saya rasakan kini," ujar Abdul Rashid mengimbas keterlanjurannya yang sangat dikesali sehingga kini.

Abdul Rashid yang dianggap salah seorang 'hulubalang' Pas di negeri ini menjelaskan jiwanya menjadi keras dengan semangat berkobar-kobar untuk berjihad bagi memenangkan parti itu setelah diyakinkan dengan semangat perjuangan syiah Iran dan Mujahidin Aghanistan.

''Selepas pencen daripada tentera 1979 ketika berjawatan lans koperal tanpa pencen, saya mendapat pekerjaan di RTM di sini tetapi meninggalkan kerja itu setahun kemudiannya semata-mata untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada perjuangan parti dan keperluan anak-anak cuma bergantung kepada isteri, Mariam Embong yang menjual nasi lemak.

''Saya mengetuai Lajnah Keselamatan Pas Kuala Nerus dan bertindak seolah-olah pengawal peribadi kepada Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu ketika itu tanpa gaji, '' ujar bapa kepada sembilan orang anak itu.

Beliau yang ditemui di rumahnya di Kampung Serdang Baru di sini, menceritakan demikian apabila mengulas mengenai pendedahan bekas penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama C.N Al-Afgani tetang masih ramai penyokong berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO dan mereka yang tidak bersama Pas.

Menurut Abdul Rashid, kerana keyakinan bahawa perjuangan menegak dan memenangkan Pas merupakan jihad, beliau yang merupakan bekas Ketua Ranting Duyong Besar dengan pengalaman tentera pernah seketika melatih berpuluh penyokong tegar tentang kaedah 'berperang' malah sanggup jika diminta mengajar membuat bom sekalipun ketika itu.

''Bagi mencetuskan suasana yang tidak menyenangkan saya juga mengepalai usaha memyemarakkan reformasi yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengadakan demonstrasi di hadapan kediaman Menteri Besar sehingga saya dan anak lelaki ditahan.

Namun keyakinannya terhadap Pas beransur terhakis apabila beliau ditahan selama beberapa minggu di lokap semasa gelora reformasi, apabila tiada pemimpin Pas datang menjenguk dan membantu keluarganya.

''Saya mula mempersoalkan di mana persaudaraan Islam sesama anggota Pas sendiri. Namun setelah Pas memerintah negeri ini pada tahun 1999, Allah beri peluang kepada saya untuk menilai lebih mendalam kebenaran yang dibawa oleh para pemimpin Pas.

''Apabila Hadi berpeluk dengan Lim Kit Siang yang dikatakan bersama dengan perjuangan Pas, saya mula merasakan kesilapan menghukum saudara seagama sendiri dalam UMNO dan apakah sumbangan saya selama ini sia-sia," ujar beliau.

1 comment:

ML-Z glutaxinjections said...

kesian orang dulu2,manusia sesama manusia tiada hak untuk kafirkan sesiapa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa