Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, January 29, 2013

DAP KOMUNIS KEWATA KUAT BILA NIK AZIZ AKUR PERINTAHNYA!!!




Akhirnya tercapai juga impian Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melihat bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa ditendang keluar dari Majlis Syura Ulama PAS. Alasan pemecatannya kerana tidak datang mesyuarat, demikian kata Setiausaha Majlis Syura PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Menurut Zawawi lagi, setakat ini PAS belum menghubungi Ustaz Nasharudin untuk memaklumkan keputusan tersebut, dengan kenyataannya itu mengesahkan bahawa pemecatan ini dilakukan tanpa memberi peluang kepada Ahli Parlimen PAS Bachok itu untuk membela diri.

Ini sekaligus mengulangi sejarah hitam PAS setahun lalu yang pernah memecat bekas Pesuruhajaya PAS Selangor yang juga AJK PAS Pusat, Dr Hasan Ali pada 8 Januari 2012 juga tanpa memberi ruang pembelaan diri.

Dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS pada 09 September 2012 yang lalu, Nik Aziz telah berputih mata dan terpaksa menunjukkan protesnya dengan merajuk keluar awal dari mesyuarat seawal jam 9.20 malam berikutan tiada agenda mengenai kedudukan Ustaz Nasharudin dibincangkan.

Nik Aziz yang memalukan PAS dengan bertindak sedemikian serta terkenal sebagai ahli mesyuarat tingkap yang paling kerap ponteng mesyuarat dwi bulanan Majlis Syura Ulama PAS tidak pula dikenakan tindakan pemecatan, agaknya terlalu kebal untuk menerima hukuman tanpa bicara.

Menariknya pemecatan Ustaz Nasharudin yang diumumkan pada hari ini dikatakan telah dibuat sejak 13 Januari 2013 yang lepas yakni ketika badan tertinggi PAS yang dipengerusikan oleh Nik Aziz ketika itu kalut membincangkan isu kalimah Allah s.w.t.

Hari ini tarikhnya 27 Januari 2013, bermakna selepas 2 minggu baru diumumkan pemecatan tersebut. Kenapa tidak diumumkan segera pada 13 Januari 2013 yang lepas?

Seimbas lalu kelihatan macam pertunjukkan magic David Copperfield pula, saling tak ubah perangai PAS seperti DAP yang bertindak umum ada ‘kesilapan’ dalam pengiraan selepas dua minggu selesai pemilihan CEC akhir tahun lepas.

Oh.. lupa, waktu itu semua ahli Majlis Syura PAS termasuk Nik Aziz, Hadi Awang dan semua pimpinan tertinggi parti berlabel Islam itu pada malam tersebut telah meninggalkan bangunan PAS Jalan Raja Laut melalui pintu belakang selepas selesai mesyuarat semata-mata untuk mengelakkan soal jawab dengan pihak media berhubung flip flop PAS berhubung isu kalimah Allah s.w.t.

Entah-entah ada komplot barangkali melibatkan sistem barter, mana tahu kot-kot Nik Aziz ugut untuk mengekalkan pendirian menyokong Kristian guna kalimah Allah s.w.t sekiranya Majlis Syura enggan memecat Ustaz Nasharudin dari badan tersebut. Ada kemungkinan jika dilihat pada perangai buruk Nik Aziz yang terkenal sebagai manusia paling keras kepala dan memiliki ego tinggi.

Tambah pelik pengumuman pemecatan Ustaz nasharudin diumumkan selepas tersebar berita dan gambar beliau mengikuti lawatan bersejarah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ke Semenanjung Gaza, Palestin.

Dulu sewaktu PAS berura-ura untuk memecat beliau juga berkaitan langsung dengan penyertaannya bersama PM menunaikan ibadah haji disamping turut sama dengan PM dalam perjuampaan dengan para ulama Arab Saudi di Kota Suci Mekah.

Agaknya satu kesalahan besar bagi mana-mana pemimpin PAS menyertai lawatan PM ke negara-negara Islam seperti Mekah, Arab Saudi dan Gaza, Palestin. Entah apa jenis anutan agama yang PAS pegang agaknya, ajak bincang perpaduan pun dianggap salah, memperjuangkan akidah Islam pun dituduh khianat parti, pergi ke Mekah juga dikatakan salah, menyertai lawatan ke Gaza pun salah.

Tapi kalau berceramah dalam gereja macam Khalid Samad dan Mujahid Yusof, tak pula salah. Pelik betul dunia sekarang. Sekali tengok cuma imej Islamik yang berjubah dan berkopiah saja yang masih menunjukkan PAS dipimpin oleh orang Islam, itu secara lahiriah, tapi diikut pada perangai haramjadahnya, terasanya macam PAS macam parti pro Kristian pula.

Apapun, dengan pemecatan Ustaz Nasharudin dari Majlis Syura Ulama PAS sekalipun masih dikekalkan sebagai ahli parti, setidak-tidaknya ia menjadi tanda aras penting betapa PAS semakin terperosok jauh ke lubang kepimpinan diktator, sama seperti DAP dan PKR yang sudah lama sinonim dengan corak kepimpinan sedemikian.

1 comment:

Anonymous said...

TaK Kan penganut Pas yg lain tak paham paham lagi kot ! atau sengaja tutup mata tinge hati utk terima kenyataan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa